NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki maut tercampak keluar dari kereta


AMPANG
- Seorang lelaki tercampak keluar dari kereta dipandunya selepas dilanggar sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Kosas di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital keesokan hari.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja telah melanggar sisi kereta Perodua Alza dipandu mangsa yang sedang membelok ke kanan masuk ke Bandar Baru Ampang.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari keretanya.

"Kedua-dua pemandu lelaki mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pada keesokan kira-kira jam 7 pagi, mangsa iaitu pemandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian salah seorang pemandu yang gagal mematuhi lampu isyarat merah hingga menyebabkan kemalangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tambahnya, saksi bebas yang menyaksikan insiden terbabit diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo