NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan pandang rendah, saya tidak berseorangan', Phahrolrazi ugut PH


GURUN:
Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mengingatkan pemimpin parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak memandang rendah dirinya susulan pemecatan beliau hari ini.

Menurutnya, beliau tidak berseorangan memandangkan sebelum ini menyertai Amanah secara berkumpulan dan mempunyai 'kabilah' sendiri menerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu, pemecatan berkenaan juga memungkinkan bilangan ahli Amanah di negeri itu semakin kecil, malah turut akan memberikan kesan terhadap parti berkenaan di Terengganu dan Kelantan.

"Rakan-rakan (yang bersama) saya (adalah di dalam) jumlah besar, saya (sebelum ini) masuk Amanah secara kumpulan, saya ada 'kabilah'... juga Kelantan, Perak dan Selangor, kalau (sebelum ini yang) mengikuti PASMA, saya maklumkan ia sekarang masih wujud.

"Jadi apabila Amanah pecat saya, jangan underestimate saya, saya bukan seorang, saya tidak tolak kemungkinan Amanah Kedah akan jadi lebih kecil, saya tidak fanatik terhadap mana-mana parti, ia hanya vehicle (politik) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas di Pejabat Amanah Jerai, Pekan Guar Cempedak, pada Ahad.

Dalam pada itu, Phahrolrazi memaklumkan lebih separuh kepimpinan Amanah menyokong beliau dalam membantah pencalonan calon DAP di Parlimen Jerai.

Mengulas mengenai pemecatannya dirinya daripada Amanah, beliau menyatakan tidak bersedih dengan keputusan itu memandangkan tindakannya hanyalah untuk mempertahankan kepentingan parti.

Tambahnya, tindakan untuk terus mendesak agar kerusi Parlimen Jerai diberikan kepada Amanah akan diteruskan selepas ini dan beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai rayuan kepada parti itu.

Beliau turut mengesahkan ada menerima tawaran daripada beberapa parti lain sebaik sahaja beliau dipecat daripada Amanah.

Terdahulu,Phahrolrazi dilaporkan sah dipecat daripada parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat pada hari ini mendapati beliau telah melanggar Perlembagaan parti, mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo