NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ingatkan Muhyiddin dah taubat, rupanya tetap angkuh mahu jadi PM - Tun M

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin Yassin memecatnya sebagai pengerusi Bersatu.

PETALING JAYA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sanggup mencadangkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 kerana percaya Muhyiddin Yassin sudah bertaubat, selepas dihina dan dijatuhkan Umno.

“Dia khianat kepada saya tidak mengapa. Saya sangka dia akan cuba tebus khianatnya kepada Bersatu sehingga hilang beberapa negeri, dan kepada rakyat keseluruhan.

“Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi PM (perdana menteri),” katanya dalam kenyataan.

Mahathir turut mendakwa Muhyiddin yang memecatnya sebagai pengerusi Bersatu dan juga beberapa pemimpin Bersatu lain yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton diambil bekas perdana menteri itu.

“Muhyiddin cuba menafikan beliau pengkhianat yang terbabit dengan Langkah Sheraton dan cuba mengaitkan perkara itu dengan saya.

“Siapa yang dapat faedah daripada Langkah Sheraton ini, siapa yang jadi perdana menteri,” katanya.

Mahathir berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui beliau yang menggerakkan Langkah Sheraton bersama Muhyiddin sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi calon perdana menteri.

Menurut Mahathir, Muhyiddin menuduhnya bersetuju atas pelantikannya sebagai perdana menteri, namun tidak mendedahkan soalannya sama ada beliau memegang jawatan itu dengan sokongan kleptokrat.

“Dia jawab sanggup dan dengan angkuh berkata dia tahu macam mana mahu tangani kerana dia ada pengalaman politik lebih 40 tahun.

“Akhirnya Muhyiddin tersembam selepas cuma 17 bulan menjadi perdana menteri selepas dikhianati oleh Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu bersama-sama mengkhianati rakyat untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang,” katanya.

Terdahulu, Mahathir dalam perhimpunan GTA berkata, beliau sedia melupakan “pengkhianatan” Muhyiddin supaya GTA dan PN boleh bekerjasama dalam PRU15.

Bagaimanapun, Muhyiddin menolak tawaran itu dan menepis label “pengkhianat” terhadapnya dengan berkata, beliau membawa Bersatu keluar PH demi “agama, bangsa dan negara”.


Sumber I FMT Malaysia



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo