NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah: PAS Selangor akan ambil tindakan perundangan


MENJELANG
 Pilihan Raya Umum ke-15, parti-parti yang bertanding telah pun memulakan kempen untuk memastikan kemenangan parti masing-masing.

PAS Selangor menghormati amalan demokrasi yang sihat dan mengingatkan jentera serta aktivis PAS di negeri ini agar sentiasa mengamalkan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ atau BPMS dalam berkempen. 

Aktiviti kempen hendaklah tertumpu pada mengemukakan janji-janji, dasar dan perjuangan parti tanpa menyerang mana-mana pihak apatah lagi menabur fitnah sehingga boleh mencetuskan ketegangan.

PAS Selangor mendapat maklum bahawa ada sesetengah pihak mula memainkan isu berkenaan pertuduhan rasuah terhadap seorang mantan ADUN PAS Selangor yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018. 

PAS Selangor kononnya difitnah mempunyai pemimpin yang terlibat dalam rasuah.

Untuk makluman siasatan terhadap Kes SPRM, kes SHA/RPT NO. 058/2018, melibatkan mantan ADUN PAS berkenaan telah pun selesai dilakukan oleh pihak SPRM dan menurut surat SPRM kepada beliau bertarikh 18 Mei 2022 Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM telah pun memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dilakukan terhadap beliau.

Oleh itu PAS Selangor kesal yang fitnah ini terus dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Melalui kenyataan ini PAS Selangor memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus memainkan isu fitnah ini.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
Setiausaha, 
Perhubungan PAS Negeri Selangor



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo