NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah wujud perbincangan sulit antara Zahid dan Anwar?

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan mengenai wujudnya perbincangan sulit antara kedua-dua pemimpin itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, dakwaan tersebut dinyatakan sendiri ahli Pakatan Harapan (PH) kepadanya di mana ia bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu supaya dapat mengurangkan pertembungan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, meskipun ia tidak mendapat restu kepimpinan UMNO dan PKR, namun banyak sesi perbincangan telah berjalan.

“Tapi jika benar, ia tidak pelik. Rakaman perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar jelas menunjukkan agenda mereka telah lama. Surat Ahmad Zahid kepada Istana Negara mahu mengangkat Anwar juga bukan rahsia. Berita ini bukan baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau turut mempersoalkan tentang kemungkinan perbincangan antara dua pemimpin tersebut menjadi semakin rancak.

“Mungkinkah benar perbincangan sulit antara Ahmad Zahid dan Anwar semakin rancak? Benarkah Anwar dan Ahmad Zahid sedang berusaha mengangkat satu sama lain naik ke Putrajaya melalui PRU15? Apa "deal" yang ditawarkan?

"Adakah Anwar setuju melepaskan Ahmad Zahid dari kes-kesnya? Atau adakah Anwar setuju jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Zahid kalau tawaran ini benar?,” soal Wan Saiful.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo