NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kasma Daniel berputih mata di Sugo

HARUKI Noguchi (tengah) bersama Kasma Daniel (kiri) dan Yuki Ito di pentas podium perlumbaan 2, pusingan ketiga ARRC di Litar Sugo, hari ini.

PETALING JAYA: Hasrat pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin untuk memenangi  kategori Asia Superbike 1000 dalam perlumbaan kedua, pusingan ketiga Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) tidak kesampaian apabila dipintas oleh pelumba SDG Motor Sports Harc-Pro, Haruki Noguchi pada saat akhir di Litar Sugo, Jepun  hari ini.

Kasma yang menunggang untuk pasukan Yamaha Racing Asean bermula baik sepanjang 18 pusingan, namun dia diasak hebat oleh Noguchi yang merupakan juara perlumbaan pertama, dan pelumba Jepun itu melakukan asakan hanya beberapa meter menuju ke garisan penamat untuk raih kejuaraan keduanya di laman sendiri.

“Pasukan saya dan jentera sepatutnya menang hari ini (semalam), tetapi dia berjaya memintas saya di saat akhir, ia satu perlumbaan yang sengit, namun saya tetap berpuas hati kerana masih mendapat mata penting untuk kukuhkan kedudukan keseluruhan,” kata Kasma yang menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga semalam.

Tamat aksi di Sugo hari ini bermakna Kasma berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 84 mata, mengekori pelumba Honda Asia Dream Racing, Zaqhwan Zaidi di tangga kedua dengan 111 mata serta pendahulu Noguchi yang selesa dengan 124 mata.

Dalam kategori Supersport 600, pelumba Boon Siew Honda Racing, Azroy Hakeem Annuar dan Mohd. Helmi Azman terpaksa akur dengan kehebatan pelumba tuan rumah, Kota Arakawa dapabila menghabiskan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak menggugat kedudukan Helmi yang masih lagi menjadi pendahulu keseluruhan untuk kategori ini apabila selesa di puncak dengan 104 mata.

Perlumbaan pusingan keempat dijangka akan berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan di Litar Antarabangsa Sepang. – UTUSAN ONLINE






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo