NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit naik menjelang data inflasi AS

Ringgit dijangka dibuka lebih kukuh esok - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang negara maju itu merosot untuk tempoh yang singkat menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4360/4385 daripada 4.4385/4405 pada Selasa.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata unit tempatan bertambah baik pada kedudukan mendatar menjelang data inflasi AS.

"Jika pasaran membaca data itu sebagai petunjuk inflasi mencapai paras tertinggi, hasil AS boleh jatuh dan ringgit dijangka dibuka lebih kukuh esok tetapi semuanya bergantung kepada data inflasi AS," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit boleh berada di bawah tekanan pada minggu ini jika bacaan IHP tinggi.

Penganalisis mengunjurkan inflasi tahun penuh Malaysia berada pada 3.0 peratus daripada 2.5 peratus pada tahun lalu.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.2753/2783 daripada 5.2539/2562 pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.4524/4549 daripada 4.4456/4476 sebelum ini.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1559/1582 daripada 3.1539/1556 semalam, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2358/2379 daripada 3.2414/2431.

-BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo