NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OIC Pekak Buta Dan Bisu – Surat Pembaca


1.Lebih kurang 52 tahun dahulu, puluhan negara Islam secara tulus ikhlas sebulat hati bergabung menubuhkan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) sebagai respon kepada perbuatan biadap pembakaran Masjidil Aqsa di Palestin.

2. Para pemimpin Islam bersatu hati ketika itu kerana musuh Islam berani membakar rumah Allah di tanah suci yang ketiga paling mulia di bumi ini. Tentulah pemimpin-pemimpin negara Islam sanggup berjihad fi sabilillahbukan?

3. Penubuhan ini beri sinar harapan baru bagi umat Islam, dan sepatutnya menggentarkan hati pihak musuh terutamanya Israel dan mereka yang memusuhi Islam. Bayangkanlah, 57 buah negara yang setiap satunya mempunyai jutaan rakyat beragama Islam bergabung. Tentu hebat kuasa ketenteraan, ekonomi dan sebagainya.

4. Memang sepatutnya Israel perlu rasa takut. Dengan jumlah ratusan juta semua rakyat negara OIC digabungkan, kalau sepakat kencing beramai-ramai ke bala tentera Israel dan kelengkapan perangnya, nescaya boleh tenggelam pasukan laknat itu dalam lautan banjir air kencing.

5. Itu kalau takat benda remeh macam air kencing, cuba bayangkan kalau OIC bergabung guna kuasa sekatan ekonomi dan ketenteraan. Mahu berguling sawan pemimpin Israel dan musuh-musuh Islam lainnya dek kerana serangan panik ketakutan risau jika OIC terdengar atau terlihat angkara jahat mereka.

6. Tapi malangnya, Israel masih bebas membunuh umat Islam Palestin bila-bila masa sahaja mereka suka. Paling special, sambutan Ramadan umat Islam di Gaza setiap tahun sentiasa diiringi dengan letupan dan bedilan serangan Israel. Beribu syuhada yang berbuka puasa di Jannah meninggalkan ahli keluarga terkontang-kanting.

7. Tetapi OIC senyap sahaja.

8. Dalam bulan Februari 2022 ini sahaja, Israel sudah serang Syria sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Entah berapa ramai orang yang sudah syahid. Negara mereka lunyai akibat perang saudara tidak berkesudahan hampir 11 tahun. Dengan masalah kebulurannya, kesejukannya, ketiadaan tempat tinggalnya, kini datang pula serangan bom-bom dari zionis Israel.

9. Tetapi OIC senyap sahaja.

10. Bagaimana pula dengan nasib umat Islam Uyghur? Dipenjara dan diseksa dalam kem tahanan, Quran dan kitab agama dirampas. Sewaktu suami dalam tahanan, pegawai-pegawai China datang rogol pula isteri-isteri mereka.

11. Tetapi OIC senyap sahaja.

12. Bagaimana pula dengan nasib umat Islam di India? Pelajar dan Guru Muslimah dipaksa londehkan tudung sewaktu berada dalam premis pendidikan demi memuaskan nafsu puak pelampau Hindu yang mendapat sokongan daripada parti pemerintah kerajaan India.

13. Kumpulan-kumpulan Hindutva juga bebas menyerang umat Islam di sana dan membakar harta benda mereka. Terdapat juga bukti dan aduan kekejaman India terhadap umat Islam Kashmir yang direkodkan.

14. Tetapi OIC senyap sahaja.

15. Bagaimana dengan kekejaman yang dihadapi oleh Rohingya di Myanmar?

16. Tetapi OIC senyap sahaja.

17. Kenapa OIC senyap sahaja bagi setiap kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam di serata dunia? Mungkin kerana pemimpin-pemimpin negara yang menyertai OIC ini pekak, buta dan bisu. Mereka gagal untuk mendengar, melihat dan bercakap.

18. Kerana OIC pekak, buta dan bisu inilah menyebabkan umat Islam walaupun jumlahnya menjangkau ribuan juta, namun langsung tidak digeruni oleh Israel dan mereka yang sewaktu dengannya.

19. OIC ni sekadar Oh I See sahaja. Walaupun umat Islam ramai tetapi rapuh macam buih, lemah!

20. Buih-buih lemah ini rupanya seperti buih air kencing hancing para pemimpin negara-negara Islam di Timur Tengah yang sedang mengencingi matlamat asal penubuhan OIC dengan terhegeh-hegeh menandatangani perjanjian perdagangan ekonomi dengan Israel baru-baru ini.

– Bukan OKU-






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo