NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelayakan Piala Asia: Gol penalti Bahrain ranap impian Malaysia kutip mata

Pemain Harimau Malaya Muhammad Akhyar Rashid membuat cubaan menjaring ke gawang gol pasukan Bahrain pada Perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA

BUKIT JALIL: Penalti kontroversi kepada Bahrain pada penghujung permainan meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.
Meskipun bermain baik sepanjang perlawanan namun keputusan pengadil dari Tajikistan, Sadullo Gulmorodi itu mengecewakan puluhan ribu penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beraksi di hadapan lebih 63,000 penyokong, penonton disajikan permainan menarik sepanjang perlawanan namun dihampakan dengan beberapa keputusan kontroversi pengadil.
Malaysia bermain dengan sangat baik terutamanya pada separuh masa pertama dengan mengawal permainan namun serangan bertubi-tubi ke gawang Bahrain gagal membuahkan hasil.
Begitupun, pasukan kebangsaan membuka tirai jaringan pada minit ke-55 selepas Mohamadou Sumareh menyudahkan hantaran lintang Ahmad Khuzaimi Piee.
Begitupun, kegembiraan penyokong Harimau Malaya tidak lama apabila Bahrain menyamakan kedudukan menerusi Ali Abdula Haram pada minit ke-57.
Gol penyamaan itu membuatkan permainan semakin rancak dengan Malaysia dan Bahrain saling berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing.
Begitupun, menuju ke penghujung permainan, Bahrain dihadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol, Farizal Marlias menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.
Penyerang Bahrain, Abdulla Yusof Helal tenang menolak masuk bola ke gawang, menewaskan Farizal yang merebahkan badan ke arah berlainan.
Ketinggalan satu gol, Malaysia terus mengasak kubu Bahrain namun kekebalan benteng lawan dan ketumpulan barisan serangan negara diketuai Guilherme De Paula gagal mendapatkan gol penyamaan yang dicari.
Selepas ini Malaysia akan bertemu Bangladesh pada Selasa nanti dengan misi wajib menang untuk mencerahkan laluan layak ke saingan Piala Asia 2023 di China.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo