NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

United beruntung miliki Ronaldo

Ronaldo (kiri) buktikan dia lebih bernilai kepada pasukan berbanding Messi.

LONDON: Sekalipun gagal menunjukkan prestasi yang dijangkakan pada musim ini, Cristiano Ronaldo berjaya mengatasi Lionel Messi dalam satu aspek - kepentingan kepada pasukan.

Manchester United ketika ini perlu merebut tempat ke Liga Europa musim depan selepas harapan memburu penamat empat terbaik sudahpun lebur.

Namun United akan mengharungi musim yang jauh lebih teruk sekiranya mereka tiada Ronaldo untuk membantu mereka pada musim ini.

Ronaldo menjaringkan 31.6 peratus gol buat United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus menjadi penjaring terbanyak mereka.

Berbanding Messi yang berjaya membantu Paris Saint Germain (PSG) menjuarai Ligue 1, dia hanya menjaringkan 5.1 peratus daripada keseluruhan gol untuk gergasi Perancis itu.

Dengan hanya empat gol dalam Ligue 1, Messi terikat dengan pertahanan, Marquinhos dan Achraf Hakimi serta penyerang gantian, Mauro Icardi yang turut meledak jumlah gol yang sama.

Ronaldo bermain 500 minit lebih banyak dalam saingan liga musim ini namun statistik gol per minit untuk penyerang United itu juga tampak lebih baik.

Ronaldo menjaringkan satu gol bagi setiap 131.5 minit di EPL namun Messi pula perlu menunggu sehingga 470.5 minit untuk satu jaringan di Ligue 1.

Selain itu, Messi turut ketinggalan dari segi kadar penyudah apabila hanya 5.4 peratus usahanya berjaya menemui jaringan berbanding Ronaldo dengan 17.1 peratus.

Sudah tentu gol bukanlah segalanya bola sepak namun jelasnya, United akan terus 'ke laut' tanpa Ronaldo sementara PSG pula tidak begitu mengharapkan Messi pada musim ini. -AGENSI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo