NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sapura Energy rangka pelan penyusunan semula tangani status PN17

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani status PN17 itu.

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) sedang merangka pelan penyusunan semula untuk menangani status PN17 seiring dengan cadangan skim pengaturan dan akan membuat pengumuman secara bulanan mengenai kemajuan tersebut.
Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani status PN17 itu.
"Seperti yang diumumkan oleh syarikat pada 10 Mac, 2022, syarikat itu memperoleh perintah menurut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mengadakan mesyuarat bagi berunding dengan pemiutang.
"Jika difikirkan sesuai untuk meluluskannya, cadangan skim pengaturan dan kompromi antara syarikat dan pemiutangnya akan dilakukan," katanya.
Sapura Energy berkata syarikat itu kini sedang menjalankan bukti pelaksanaan hutang berhubung dengan cadangan skim pengaturan itu.
PN17 adalah klasifikasi syarikat senaraian awam yang berdepan masalah kewangan dan ia perlu mengemukakan cadangan mengenai penstrukturan semula bagi mengekalkan status penyenaraiannya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo