NOTIS:

Belum ada lagi....

Op Selamat: Negeri Sembilan rekod 479 kes kemalangan dalam tempoh enam hari

0

Shafiei berkata jumlah itu menyaksikan penurunan berbanding Op Selamat 15/2019 iaitu 500 kes dengan lapan kemalangan maut melibatkan sembilan kematian dalam tempoh enam hari. - Gambar hiasan

SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan 479 kes kemalangan termasuk enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian menerusi Op Selamat 18/2022 sempena Aidilfitri sejak Jumaat lepas hingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Superintenden Shafiei Muhammad berkata jumlah itu menyaksikan penurunan berbanding Op Selamat 15/2019 iaitu 500 kes dengan lapan kemalangan maut melibatkan sembilan kematian dalam tempoh enam hari.
"Bagaimanapun, jumlah kemalangan yang berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran menunjukkan peningkatan iaitu bagi Op Selamat 18, sebanyak 297 kes manakala Op Selamat 15 merekodkan 195 kes bagi kedua-dua jalan terbabit," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sepanjang enam hari Op Selamat 18 dilaksanakan, sebanyak 5,127 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dengan 28 tangkapan dibuat dalam tempoh itu.
Shafiei turut menasihati orang ramai yang akan memulakan perjalanan pulang atau menyambut perayaan supaya berwaspada ketika di jalan raya dengan mementingkan keselamatan diri dan keluarga.
"Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat supaya selamat sampai ke destinasi. Bagi mereka yang ingin pulang ke rumah dan tempat bekerja, rancang waktu perjalanan supaya bergerak lancar dan tidak terlibat dalam kesesakan lalu lintas," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo