NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: KJ nasihat jangan leka, terus patuhi SOP


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terus menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

Beliau berkata, meskipun negara berada di fasa peralihan ke endemik, orang ramai digalakkan untuk terus mempertingkat penilaian kendiri  COVID-19 dengan TRIIS sebelum pulang ke kampung. 

“Maksudnya, sebelum kita balik elok kita buat ujian kendiri untuk memastikan bahawa kita tidak bawa virus balik ke kampung halaman kita.

“Pastikan keluarga kita di kampung kekal selamat dalam menyambut kepulangan kita semua,” katanya dalam video ucapan Aidilfitri yang dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. 

Pada masa sama, Khairy turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, khususnya dalam sektor kesihatan yang telah memastikan kesihatan awam terus terpelihara. 

“Keputusan kerajaan pada tahun ini kita sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri untuk membenarkan kita merentas negeri balik kampung berjumpa saudara mara, sahabat adalah atas usaha dan pengorbanan barisan hadapan terutama barisan hadapan kesihatan. 

“Jasa anda dikenang selama-lamanya dan terima kasih,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo