NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakal jemaah haji terima baik kadar bayaran baharu


KOTA BHARU:
Bakal jemaah haji muassasah menerima baik kadar bayaran membabitkan dua kategori yang diperkenalkan Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kebanyakan jemaah menyifatkan peningkatan bayaran itu tidak membebankan mereka.

"Alhamdulillah selepas kerajaan mengumumkan kaedah bayaran kepada golongan B40 dan bukan B40, rakyat menyambut baik kerana peningkatan itu tidak membebankan mereka memandangkan sekian lama tidak pernah ada peningkatan kos.

"Peningkatan kos bukan satu perkara dalam kawalan kerajaan, tetapi ia bergantung kepada kos sebenar di Tanah Suci itu.

"Paling penting, kerajaan Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus yang menjadi faktor utama kepada peningkatan kos," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Lembaga TH memperkenalkan dua kategori kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah yang pertama kali mengerjakan haji bermula tahun ini.

Bayaran sebanyak RM10,980 perlu dibayar oleh jemaah daripada golongan B40 iaitu peningkatan sebanyak RM1,000, manakala bayaran sebanyak RM12,980 dikenakan bagi jemaah bukan B40 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak RM3,000.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, berkata semua bakal jemaah haji yang terpilih mengerjakan ibadah haji tahun ini sudah dimaklumkan.

Katanya, bakal jemaah itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh tertentu selain memperincikan tahap kesihatan masing-masing.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo