NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pekerja balak ditahan mengamuk, bakar kereta peronda polis


KUANTAN:
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, semalam telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin, berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 4.20 petang tadi dan polis turut merampas sebatang tukul serta kayu daripada suspek.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Zaidi dilaporkan berkata, sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk dalam kejadian sekitar 11 malam semalam.

Polis sebelum itu menerima panggilan daripada penjaga tanah matau balak berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi, sebelum tiga anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Suspek bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan dua anggota itu, sebelum masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke kenderaan polis.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo