NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Poligami: Khalid Samad setuju serah banglo, penthouse, Proton X70

Mahkamah Tinggi Syariah semalam membenarkan bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad berpoligami selepas dia bersetuju menunaikan hak-hak isteri Zaiton Abu Bakar, antaranya dengan menyerahkan banglo, emper dan Proton X70.
Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan pembelaan Zaiton untuk membuat penyelesaian baik dengan suaminya yang juga anggota parlimen Shah Alam dan pemimpin kanan Amanah, lapor Utusan Malaysia.

“Kita sudah buat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang beserta sebuah penthouse (emper) yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Zaiton.

“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan,” kata kata peguam Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf.

Nurfarhana berkata pertukaran nama terhadap hartanah dan kereta ke atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.

Selain itu, Nurfarhana daripada Tetuan Asri Musa & Co, berkata perjanjian tersebut turut merekodkan nafkah bakal isteri.

Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami suaminya pada 8 Disember.

Khalid ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu atas alasan ia perkara peribadi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo