NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez


LONDON: Pemain pertahanan, Ousmane Coulibaly berterima kasih kepada bekas pemain Everton, James Rodriguez kerana membantu menyelamatkan nyawanya selepas dia mengalami serangan jantung di atas padang.

Minggu lalu, pemain Al-Wakrah itu terbabit dalam perlawanan menentang pasukan Rodriguez, Al-Rayyan sebelum dia rebah di hadapan gawang pada separuh masa pertama.

Rodriguez, 30, dilihat membetulkan kepala Coulibaly untuk memastikan dia boleh bernafas ketika pasukan perubatan bergegas ke padang untuk merawatnya.

Semalam, Coulibaly, 32, memuat naik gambarnya sambil tersenyum berada di hospital berserta kapsyen: "Pada 9 Januari 2022, saya mengalami serangan jantung di atas padang sebelum tamat separuh masa pertama.

"Ramai rakan sepasukan dan pemain pasukan lawan membantu memulihkan saya serta-merta selepas saya pengsan.

"Terima kasih kepada Tuhan dan bantuan daripada wira-wira itu, saya selamat. Terima kasih kepada James Rodriguez yang melakukan langkah pertama untuk membetulkan kepala saya.

"Juga kepada (rakan sepasukan Al-Wakrah) Saoud Al-Khater yang segera memberi isyarat kepada pasukan perubatan."

Selepas Coulibaly rebah, permainan ditangguhkan sementara sebelum akhirnya diputuskan untuk ditunda dengan kedudukan semasa memihak Al-Rayyan 1-0.

Perlawanan diatur semula pada Isnin dan Al-Rayyan menang 3-0 hasil dua jaringan daripada Rodriguez. - AGENSI


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo