NOTIS:

Belum ada lagi....

AirAsia mula penerbangan sulung Kota Kinabalu-Kuala Terengganu

0
ARIFFIN Deraman (empat, dari kanan) menyambut ketibaan seramai 59 penumpang pesawat AirAsia AK5310 dari Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Sultan Mahmud di Kuala Nerus hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

KUALA NERUS: Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dunia, AirAsia hari ini memulakan penerbangan pertamanya dari Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, inisiatif baharu itu diyakini dapat  membantu meningkatkan kemasukan tiga juta pengunjung ke Terengganu sebagaimana disasarkan.


Katanya, sehingga kini Terengganu merekodkan sebanyak 12 penerbangan  dalam sehari, yang merupakan tertinggi pernah dicatatkan selepas pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, saya mengajak rakyat mengambil peluang bercuti ke Sabah. 

“Walaupun kedua-dua negeri mempunyai persamaan pulau peranginan yang cantik tetapi itu bukan halangan untuk kita di samping rakyat Sabah melancong,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan seramai 59 penumpang pesawat AirAsia AK5310 dari Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Sultan Mahmud di sini hari ini.

Penerbangan sulung yang berlepas pukul 3.15 petang dari Kota Kinabalu itu tiba ke negeri ini pada pukul 5.20 petang. 


Ariffin berkata, selain Kota Kinabalu, pihaknya turut mengemukakan permohonanan kepada pihak AirAsia untuk membuka laluan baharu dari negeri ini ke Kuching, Sarawak dan Pulau Pinang di samping mengembalikan semula laluan ke Johor. 

Sementara itu, Ketua Komersial AirAsia, Nur Liyana Mahizzan berkata, penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu berlepas setiap Ahad dengan tambang promosi sehala serendah RM128 sahaja hingga 14 Februari ini. 

Katanya, selain Kota Kinabalu-Kuala Terengganu, AirAsia turut melancarkan tiga laluan baharu bulan ini iaitu Kuching-Langkawi, Johor Bahru-Bintulu dan Pulau Pinang-Sibu. 

Katanya, sehingga kini AirAsia menawarkan keseluruhan 45 laluan domestik. – UTUSAN ONLINE 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo