NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Internet Perlahan, Kerosakan Kabel Dasar Laut Beri Kesan Pada Permainan Atas-Talian, Discord, Dan Lain-Lain


Lanjutan daripada laporan Amanz, kini Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tambahan dan berkongsi lanjut berkenaan masalah kabel dasar laut yang dihadapi.

Menurut TM, kerosakan kabel dasar laut berkenaan memberikan kesan terhadap pelayaran Asia Utara, sekaligus memberikan impak pelayaran perlahan dan kadar pendam tinggi untuk permainan video seperti Valorant dan League of Legend.

TM mengatakan mereka telah mengambil langkah pro-aktif dalam mengoptimasikan dan memastikan pengguna kurang terjejas. Baik-pulih dan proses pengoptimasian dijangka selesai 4 pagi, 26 Disember 2021 ini.

Pada masa yang sama, konsortium kabel dasar laut sedang berusaha dalam membaik-pulih penuh kerosakan kabel berkenaan secepat mungkin. Seperti semua sedia maklum, kabel ini diuruskan oleh konsortium, dan memberikan kesan pelayaran kepada sejumlah negara.


--AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo