NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakej TM Broadband Lite 1Mbps Dikemaskini Dengan Penawaran Kuota 50GB

Telekom Malaysia kini nampaknya telah mengemaskini penawaran pakej TM Broadband Lite 1Mbps yang menjadi kontroversi pada bulan lepas. Melalui kemaskini baharu untuk pakej ini, TM dilihat membawa sejumlah penambah-baikkan untuknya.
Kini, TM menyatakan yang mana pelanggan yang ingin mendaftar dan melanggan pakej ini, perlulah menetap dikawasan yang tidak mempunyai rangkaian fiber.
Disamping itu, TM juga kini telah meningkatkan kuota data untuk pelan ini daripada 1GB sebelum ini, kepada 50GB. Peningkatan ini semestinya sesuatu yang akan dihargai ramai pelanggan pelan ini, memandangkan sebelum ini ia hanya menawarkan 1GB yang boleh habis digunakan dalam waktu yang singkat. Penawaran data 50GB ini dilihat lebih baik kepada pengguna – walaupun jarang menggunakan rangkaian internet di rumah.

TM mengatakan dengan 50GB data, ia akan membolehkan pelanggan melayari web sehingga 2,000 jam, atau menonton lebih 200 jam video, atau menikmati panggilan video selama 200 jam.

TM Broadband Lite 1Mbps tidak menawarkan penambahan sebarang kuota data. Sebaik sahaja 50GB habis digunakan, kelajuan internet akan dihadkan kepada 128Kbps sehingga ke bulan seterusnya. Kuota dikemaskini setiap 1 hari bulan.

Bagi anda yang berminat dengan pakej ini, boleh menyemak penawaran TM melalui TM Broadband Lite 1Mbps ini hari ini. Jadi, pada harga langganan RM38 sebulan, apakah pakej dengan kelajuan 1Mbps dan kuota 50GB ini berbaloi bagi anda?

Sumber : Amaz.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo