NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel serang Lubnan pula

Iron drone Israel
BAITULMAQDIS: Israel hari ini bertindak menyerang Lubnan sebagai tindak balas terhadap serangan roket sebelum ini, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak semua pihak bertenang.
Menurut tentera Israel, dua roket yang dilancarkan dari Lubnan ke wilayahnya, dengan satu dipintas oleh sistem pertahanan udara dan satu lagi meletup di kawasan terbuka.

"Sebagai tindak balas, sebentar tadi artileri (Israel) menyerang wilayah Lubnan," kata tentera Israel.

Sumber keselamatan Lubnan memberitahu AFP bahawa beberapa roket dilancarkan ke arah Israel dari kawasan Qlaileh di selatan Lubnan, di mana sebuah roket yang belum meletup turut dijumpai.

Menurut sumber, tentera Lubnan tidak dapat mengenalpasti kumpulan yang bertanggungjawab melancarkan roket berkenaan.

Pasukan pengaman PBB di wilayah sempadan, UNIFIL, memaklumkan pihaknya mengarahkan kawasan berkenaan dikawal ketat di samping melancarkan siasatan dengan kerjasama tentera Lubnan.

"UNIFIL berhubung secara langsung dengan pihak berkenaan dan menggesa semua pihak bertenang serta mengelak ketegangan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Kali terakhir roket dilancarkan dari Lubnan ke Israel ialah pada Mei lalu, semasa konflik 11 hari antara negara Yahudi itu dengan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Beberapa minggu lalu, pegawai keselamatan Israel meluahkan kebimbangan susulan krisis ekonomi di Lubnan yang kian buruk, sekali gus merumitkan keselamatan sempadan.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, menerusi ciapan Twitter, berkata Lubnan bertanggungjawab terhadap serangan beberapa roket semalam kerana negara itu membenarkan pengganas beroperasi di dalam wilayahnya.

"Kami tidak akan membenarkan krisis sosial, politik dan ekonomi di Lubnan untuk bertukar menjadi ancaman keselamatan kepada Israel.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan untuk memulihkan kembali kestabilan di Lubnan," katanya. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo