NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saksi Dedah Bagaimana Penggubahan Wang RM 7.5 Juta Dilakukan.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa proses penukaran wang tunai berjumlah RM7.5 juta kepada 35 cek dalam kes Ahmad Zahid Hamidi adalah aktiviti ‘cuci duit’ daripada sumber yang meragukan.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fahmee Mohamad Nor, 39, berkata ini berdasarkan siasatannya terhadap keseluruhan kes melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-95 itu berkata demikian pada hari ke-49 perbicaraan kes Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Mengikut pertuduhan pengubahan wang haram ke-27, Zahid didakwa telah mengarahkan pengurup wang Omar Ali Abdullah untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM7,511,250.20 membabitkan 35 keping cek yang kemudian diserahkan kepada Lewis & Co untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank yang merupakan hasil aktiviti haram.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, saksi itu berkata Omar Ali memberitahu bahawa beliau tidak mengenali individu yang memberi wang tersebut kepadanya sebelum menukarnya kepada cek atas nama Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid.

“Omar Ali mengatakan bahawa beliau tidak mengenali individu yang memberi wang tersebut dan hanya memaklumkan orang itu berpakaian kemas dan ia (pemberian wang) adalah arahan daripada Zahid,” katanya.

Semalam, Mohd Fahmee memberitahu mahkamah bahawa Omar Ali memperoleh sejumlah wang yang banyak daripada beberapa individu yang tidak dikenali di Syarikat Marhaba Enterprise Sdn Bhd, miliknya.

Ditanya Harris Ong, adakah hasil siasatan mendapati wang tersebut adalah sumbangan daripada Yayasan Al Bukhary, Mohd Fahmee menjawab: “Tidak, dan sepanjang siasatannya tidak menemui resit berkaitan sumbangan daripada yayasan tersebut.”

“Yayasan Al Bukhary merupakan sebuah yayasan yang besar, namun saya tidak menjalankan siasatan ke atasnya secara mendalam. Saya tidak lihat akaun (yayasan), tidak rakam percakapan Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Saya putuskan untuk tidak menyiasat yayasan itu secara mendalam kerana Omar Ali tidak mengenali orang yang memberi duit tersebut,” jawabnya ketika disoal mengenai siasatan terhadap yayasan tersebut.

Semasa disoal Harris Ong, sama ada dia dihubungi individu dari Yayasan Al Bukhary selepas Omar Ali memberikan keterangan (di mahkamah), Mohd Fahmee menjawab: “Tidak”.

Terdahulu, ditanya peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Zahid, adakah saksi itu mengetahui Omar Ali ada memberi keterangan di mahkamah bahawa sumber wang tersebut adalah derma daripada Yayasan Al Bukhary, Mohd Fahmee bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut.

Mohd Fahmee bersetuju dengan cadangan Zaidi bahawa inti pati pertuduhan pengubahan wang haram adalah daripada mana sumber wang tersebut.

Beliau juga bersetuju dengan Zaidi bahawa Yayasan Al Bukhary adalah sebuah yayasan yang besar dan kukuh.

Ahmad Zahid Hamidi, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan berlangsung di hadapan hakim Collin Lawrence Sequer

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo