NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan bakal berpecah?

Anwar tahu sekurang-kurangnya 20 daripada 50 kerusi PKR pada PRU 14, adalah kawasan Parlimen majoriti Melayu, dan 5 lagi kerusi bakal milik MCA jika PAS memberi laluan pada PRU 15, sepertimana di PRK Tanjung Piai, Johor. 

Di Selangor sahaja, PKR ada 11 kerusi, antaranya di Parlimen P93 Sungai Besar, yang majoriti pengundi Melayu yang hampir 70%. PKR hanya memenangi sejumlah 35.6%, atau 17,350 undi sahaja. Manakala BN-UMNO 34.1% atau 16.636 undi, dan PAS pula hanya 14.8% atau 7,220 undi. Jika PAS memberi laluan kepada BN pada PRU 15, maka PKR hampir pasti akan tumbang di Parlimen Sungai Besar ini pada PRU 15.

Di Parlimen P94 iaitu di Hulu Selangor pula, PKR mendapat sejumlah 40.4% atau sebanyak 40,783 undi. BN-MIC pula mendapat 27.1% atau 27,392 undi dan PAS hanya 16.5% atau 16.620 undi. Jika PAS memberi laluan kepada MIC, hampir pasti kerusi PKR di Parlimen Hulu Selangor ini bakal tewas pada PRU 15. 

Di Parlimen P109 Kapar pula, PKR memenangi hanya 38.2% atau 47,731 undi, PAS 25.1% atau 31.425 undi dan BN-MIC hanya 21.1% undi atau 26,412 undi. Jika PAS sanggup memberi laluan kepada MIC, hampir pasti PKR dapat dikalahkan di Parlimen Kapar pada PRU 15.

Di Parlimen P112 Kuala Langat juga PKR hanya mendapat sebanyak 42.2% atau 43,239 undi sahaja. Manakala BN-UMNO 25.5% atau 26,127 undi dan PAS hanya 18.3% atau 18,732 undi sahaja. Jika PAS juga memberi laluan kepada BN, hampir pasti kerusi Parlimen Kuala Langat PKR ini bakal tewas pada PRU 15.

Jadi terdapat 4 kerusi Parlimen yang bakal menjadi milik BN, iaitu UMNO dan MIC masing-masing 2 kerusi. Jika PAS sanggup memberi laluan dan membiarkan BN bertanding satu lawan satu pada PRU 15 nanti. 

PKR dijangka kekal di Parlimen P97 Selayang, P98 Gombak, P99 Ampang, P100 Pandan, P104 Subang, P105 Petaling Jaya dan di P107 Sungai Buloh. Kesemua 7 kerusi Parlimen ini, PKR mendapat lebih dari 50% undi. Gabungan undi BN dan PAS juga dijangka tidak mampu menumbangkan PKR di 7 kerusi kubu kuat mereka. 

Amanah di Selangor pula dijangka bakal hilang kerusi Parlimen P96 Kuala Selangor dengan undi sebanyak 43.0% atau 29,842, berbanding BN-UMNO 30.8% dan PAS hanya 12.3% atau 8,535 undi. Jika PAS memberi laluan kepada BN, hampir pasti kerusi Ahli Parlimen Dzulkefly Ahmad di Parlimen Kuala Selangor ini bakal tumbang pada PRU 15.

Di Parlimen P113 Sepang pula Amanah hanya memperolehi sebanyak 44.7% atau 46,740 undi, BN-UMNO 26.8% atau 28,035 undi dan PAS hanya 15.2% atau 15,882 undi. Jika PAS memberi laluan kepada BN, kerusi PKR di Parlimen Sepang ini mungkin akan tewas walaupun tipis pada PRU 15.

Amanah dijangka hanya dapat mengekalkan 3 dari 5 kerusi Parlimen mereka yang dimenangi pada PRU 14. Parlimen P101 Hulu Langat, P108 Shah Alam Khalid Abdul Samad dan P111 Kota Raja Mohamad Sabu dijangka kekal milik Amanah pada PRU 15 nanti. Semua kerusi Amanah ini mempunyai lebih dari 50% undi pada PRU 14 yang lepas.

PAS sekali lagi perlu memberi laluan kepada BN demi untuk menumbangkan 2 kerusi Parlimen Amanah di Selangor. Walaupun pesaing Amanah ialah PAS, tetapi undi BN pada PRU 14, melebihi undi PAS di kedua-dua kerusi Amanah ini.

PAS perlu memberi laluan sebanyak 6 kerusi Parlimen iaitu UMNO 4 kerusi dan MIC 2 kerusi, untuk menumbangkan 4 kerusi PKR serta 2 kerusi Parlimen Amanah pada PRU 15 nanti.

DAP pula dijangka dapat mempertahankan 4 kerusi mereka di P103 Parlimen Bangi, P103 Parlimen Puchong, P106 Parlimen Damansara dan di P110 Parlimen Klang. Kesemua 4 kerusi DAP ini mendapat lebih dari 50% undi pada PRU 14 lepas.

Dijangka pada PRU 15, PKR hanya dapat mengekalkan 7 kerusi, Amanah 3 kerusi dan DAP 4 kerusi Parlimen, berjumlah 14 kerusi dari 22 kerusi keseluruhan di Selangor.

BN pula dijangka dapat mengekalkan 2 kerusi PRU 14 di P92 Sabak Bernam dan P95 Tanjung Karang, jika Bersatu memberi laluan atau pun sebaliknya. 2 kerusi ini hampir pasti milik Perikatan Nasional samada UMNO atau Bersatu pada PRU 15 nanti.

BN berpeluang menembusi kubu kuat PKR di Selangor dengan sejumlah 8 kerusi dari UMNO 4 kerusi dan 2 kerusi MIC jika PAS memberi laluan. Manakala mengekalkan 2 lagi kerusi jika Bersatu memberi laluan.

BN 8 kerusi, PKR 7 kerusi, DAP 4 kerusi dan Amanah 3 kerusi, berjumlah 22 kerusi Parlimen di Selangor. Bagaimanapun Pakatan Harapan dijangka kekal berkuasa di Selangor di peringkat negeri pada PRU 15 nanti. 
PAS dan Bersatu harus sedar bahawa hanya BN mampu menggugat kubu kuat Pakatan Harapan di Selangor pada PRU 15 nanti. Walaupun Azmin dan Zuraida akan bertanding di Parlimen Gombak dan Ampang diatas tiket Bersatu, dijangka pengundi PKR pada PRU 14 mampu memperoleh majoriti walaupun tipis.

Jadi di Selangor, Pakatan Harapan bakal tergugat dengan 8 kerusi Parlimen sekurang-kurangnya kepada Perikatan Nasional, tidak termasuk 2 kerusi yang mungkin milik Bersatu jika pengundi kekal memilih Azmin dan Zuraida pada PRU 15.

Di Kedah pula, PKR bakal hilang 6 kerusi, Bersatu (Pejuang) 3 kerusi dan Amanah 1 kerusi Parlimen. Semua 10 jumlah kerusi Pakatan Harapan pada PRU 14, dijangka bakal terlepas pada PRU 15 kepada Perikatan Nasional.

P4 Parlimen Langkawi, Mahathir dengan tiket Bersatu hanya memenangi sebanyak 44.4% atau 18,954 undi, BN-UMNO 23.6% atau 10,061 dan PAS hanya 12.9% atau 5,512 undi pada PRU 14. BN dijangka mampu menewaskan Bersatu (Pejuang) di Parlimen Langkawi pada PRU 15, jika PAS dan Bersatu memberi laluan. Pengundi Bersatu pada PRU 14, majoritinya dijangka masih mengundi Pejuang pada PRU 15.

P5 Parlimen Jerlun juga dimenangi Bersatu (Pejuang) sebanyak 34.5% atau 18,695 undi, PAS 23.7% atau 12,829 dan BN-UMNO hanya 22.9% atau 12,413 undi pada PRU 14. Jika PAS memberi laluan kepada BN, hampir pasti kerusi Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir ini mungkin tumbang pada PRU 15 nanti.

Di P6 Parlimen Kubang Pasu pula, Bersatu (Pejuang) mendapat 40.6% atau 29,984 undi, BN 23.0% atau 16,975 dan PAS hanya 18.1% atau 13,375 undi pada PRU 14. Jika PAS memberi laluan kepada BN, kerusi Pejuang Amiruddin Hamzah ini mungkin tewas pada PRU 15 nanti.

Di Parlimen P8 Pokok Sena, Amanah hanya mendapat 33.3% atau 28,959 undi, PAS 26.9% atau 23,401 undi dan BN hanya 21.2% atau 18,390 undi pada PRU 14. Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar ini dijangka akan tewas jika BN memberi laluan kepada PAS pada PRU 15.

Parlimen P9 Alor Setar milik PKR pula hanya mendapat sebanyak 40.5% atau 32,475 undi, PAS 21.5% atau 17,275 dan BN-MCA hanya 17.7% atau 14,181 undi pada PRU 14. Untuk memastikan PKR tewas di kerusi Parlimen Alor Setar ini, PAS harus memberi laluan kepada MCA untuk mendapat undi maksimum kaum Cina pada PRU 15 nanti.

P10 Parlimen Kuala Kedah pula PKR hanya memperoleh sebanyak 37.5% atau 36,624 undi, PAS 23.7% atau 23,143 undi dan BN hanya 19.8% atau 19,400 undi pada PRU 14. Jika BN memberi laluan kepada PAS, hampir pasti kerusi PKR Kuala Kedah ini dijangka tumbang pada PRU 15 nanti.

P14 Parlimen Merbok, PKR hanya memperoleh sebanyak 35.2% atau 30,902 undi, BN-UMNO 23.7% atau 20,830 dan PAS hanya 22.3% atau 19,618 undi pada PRU 14 yang lepas. Jika PAS memberi laluan kepada BN, kerusi Parlimen Merbok ini dijangka tewas pada PRU 15 nanti.

P15 Parlimen Sungai Petani pada PRU 14, hanya memperoleh sebanyak 40.4% atau 45,532 undi, BN-UMNO 21.3% atau 23,963 undi dan PAS pula hanya 20.2% atau 22,760 undi. Jika PAS memberi laluan kepada BN, kerusi Parlimen PKR Sungai Petani ini dijangka tewas pada PRU 15.

P17 Padang Serai PKR memenangi 37.4% atau 31,724 undi, PAS 27.0% atau 22,911 undi dan BN-MCA hanya 18.2% atau 15,449 undi pada PRU 14 lepas. Di kerusi ini, PAS harus memberi laluan kepada MCA, untuk memastikan undi maksimum dari pengundi Cina, seterusnya menumbangkan PKR pada PRU 15 nanti.

Dan P18 Parlimen Kulim Bandar Baharu, PKR hanya mendapat 34.8% atau 23,159 undi, BN-UMNO 27.5% atau 18,299 undi dan PAS hanya 19.4% atau 12,885 undi pada PRU 14 lepas. BN dijangka menang mudah jika PAS memberi laluan kepada BN untuk menewaskan PKR pada PRU 15 nanti.

Jadi 6 kerusi PKR dijangka tumbang jika PAS memberi laluan di 4 kerusi Parlimen termasuk 2 UMNO dan 2 MCA. 2 kerusi Parlimen pula dijangka dimenangi PAS jika BN memberi laluan pada PRU 15 nanti. BN 4 kerusi dan PAS 2 kerusi dijangka diperoleh dari PKR pada PRU 15 di Kedah. 

BN-UMNO pula dijangka kekal di 2 kerusi Parlimen P7 Padang Terap dan P16 Baling jika PAS memberi laluan, untuk memastikan Amanah atau PKR tewas pada PRU 15 nanti. 

Jadi di Kedah, BN dijangka memperoleh 9 kerusi Parlimen dari UMNO 2 dan MCA 2 dari PKR, 3 kerusi dari Bersatu (Pejuang) di samping mengekalkan 2 kerusi pada PRU 14. 

PAS pula dijangka kekal di 3 kerusi pada PRU 14 di P11 Parlimen Pendang, P12 Parlimen Jerai dan P13 Parlimen Sik. BN harus memberi laluan di ketiga-tiga kerusi PAS ini untuk memastikan Pakatan Harapan tewas pada PRU 15 nanti. 

PAS dijangka mendapat 2 tambahan kerusi dari PKR, dan 1 kerusi dari Amanah, jika BN memberi laluan, disamping mengekalkan 3 kerusi Parlimen pada PRU 14. PAS dijangka memperoleh 6 kerusi Parlimen pada PRU 15 nanti di Kedah. 

BN 9 kerusi dan PAS 6 kerusi bakal merampas kesemua 10 kerusi Pakatan Harapan dari jumlah 15 kerusi Parlimen di Kedah pada PRU 15. Bersatu pula boleh mendapat 3 kerusi Parlimen Pejuang, jika BN memberi laluan. PAS dijangka masih mengekalkan penguasaan kerusi DUN di Kedah pada PRU 15 nanti. 

Dari Selangor dan Kedah sahaja, jika semua pengundi PRU 14, masih setia dengan parti masing-masing, PKR bakal hilang 7 kerusi Parlimen di Selangor dan di Kedah pula 6 kerusi Parlimen, berjumlah 13 kerusi Parlimen, kepada kerjasama antara UMNO, PAS dan Bersatu.

Jumlah keseluruhan kerusi Pakatan Harapan yang dijangka terlepas kepada Perikatan Nasional ialah berjumlah 16 kerusi Parlimen, dari Kedah 10 kerusi dan Selangor 6 kerusi Parlimen pada PRU 15.

Dari 2 negeri ini Kedah dan Selangor sahaja, PKR dijangka tewas sehingga 13 kerusi Parlimen. Terdapat sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen PKR lagi yang dijangka tewas hanya dengan kerjasama antara UMNO, PAS dan Bersatu pada PRU 15.

PKR juga dijangka bakal kehilangan 1 kerusi Parlimen Kangar di Perlis, 2 kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Balik Pulau di Pulau Pinang, 1 kerusi Parlimen Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan, 2 kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dan Tangga Batu di Melaka, 2 kerusi Parlimen Sekijang dan Ledang di Johor dan 1 kerusi Parlimen Sungai Siput di Perak dan 1 kerusi Parlimen Kuantan di Pahang. Berjumlah 10 kerusi Parlimen, selain dari di Selangor dan Kedah yang dijangka PKR tewas pada PRU 15 nanti.

1 Kerusi Parlimen PKR di Tawau, Sabah dan 2 kerusi Parlimen Saratok dan Selangau di Sarawak juga dijangka tewas kepada GPS serta GRS.

Maka, sejumlah 26 kerusi PKR, iaitu 13 kerusi dari Kedah dan Selangor, 10 kerusi dari Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang, W.P KL dan Pulau Pinang, serta 3 dari Sabah dan Sarawak yang dijangka tewas pada PRU 15 nanti.

PKR dijangka mempertimbangkan dengan serius untuk meninggalkan Pakatan Harapan sebelum PRU 15, demi survival PKR. Dimana maruah Anwar sebagai Ketua Pembangkang, jika PKR hanya memperoleh 24 kerusi sahaja, sedangkan DAP dijangka memenangi hampir 40 kerusi pada PRU 15?

Insiden ketidaksepakatan Pakatan Harapan semasa pengundian untuk meluluskan peringkat dasar Bajet 2021, telah membuktikan bahawa PKR, DAP dan Amanah sudah tidak sepakat.

Walaupun Anwar mendakwa terdapat satu lagi pengundian terakhir pada 17 Disember 2020, dan 30 lagi pengundian di peringkat Jawatankuasa Kementerian, tetapi ianya tidak akan mengubah dasar Bajet 2021 yang telah diluluskan, dan mencipta sejarah sokongan lebih dari dua pertiga Dewan Rakyat.

Agak menghairankan apabila hanya 13 dari 15 angka minimum undi Ahli Parlimen untuk Dewan Rakyat membuat usul belah bahagi. Dimana 6 dari Ahli Parlimen Amanah, 4 dari Pejuang, 2 dari PKR serta 1 dari DAP.

Dikhabarkan 2 lagi Ahli Parlimen Amanah iaitu dari Parlimen Kota Raja dan Pulai juga cuba bangun, tetapi membatalkannya setelah melihat Anwar juga tidak bangun untuk mengundi belah bahagi.

Adakah PKR sedang berkira-kira untuk menyingkirkan rakan sekutunya, parti Amanah yang dilihat semakin pro Pejuang?

Atau Anwar sedang berkira-kira untuk meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai Perikatan Nasional, tanpa DAP? Bakal hilang 25 kerusi Parlimen PKR pada PRU 15, serta kes Mahkamah pada tahun 2021 untuk membatalkan Pengampunan Diraja, sudah cukup untuk memberi tekanan kepada Anwar.




PAS sudah pasti boleh menerima Anwar ke dalam Perikatan Nasional, jika tanpa DAP, UMNO pula apatah lagi. Dalam UMNO sendiri ada yang pro Anwar. Bersatu juga pastinya tiada masalah jika Azmin dan 9 Ahli Parlimen bekas orang kuat PKR kembali bersatu.

Amanah pula dijangka kekal bersama DAP, kerana baru sahaja meninggalkan PAS pada 2017. DAP pula pasti tidak akan melepaskan Amanah yang diharapkan untuk melawan PAS. Tanpa Amanah, DAP hampir pasti akan selamanya gagal menjatuhkan PAS.

Jika Anwar masih mahu bersama Pakatan Harapan sehingga PRU 15, maka Ketua Pembangkang akan menjadi milik Lim Guan Eng, selaku parti terbesar dalam Pakatan Harapan dan di sokong pula oleh Amanah.

Anwar juga pasti tahu bahawa istilah "Kerajaan Pintu Belakang" sebenarnya tidak wujud. Anwar juga pasti tahu bahawa seorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan hanya dengan "numbers", undi tak percaya ataupun undi tolak Bajet sekalipun. 

Jika pun Anwar berjaya menekan Perdana Menteri supaya meletak jawatan, tidak semestinya Kabinet atau Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri masih ada hak untuk menamakan penggantinya dengan perkenan YDPA. 

Anwar masih bermain dengan emosi penyokong Pakatan Harapan yang masih dibuai dengan "numbers", sepertimana ketika Tun M meletak jawatan dan tidak menamakan pengganti, serta merombak Kabinet. 

Penyokong Pakatan Harapan harus sedar drama Anwar ini, dan menerima kenyataan bahawa Perdana Menteri hanya boleh ditukar dengan PRU 15 sahaja. Bilangan Ahli Parlimen bukan faktor untuk menggantikan Perdana Menteri. 

Tun M pernah meletak jawatan semasa menjadi PM 4 dengan menamakan Pak Lah, dan Pak Lah juga meletak jawatan dan menamakan Najib sebagai pengganti. YDPA hanya meneliti nasihat seorang PM dan memberi perkenan. 

Kesilapan besar Anwar ialah ketika menerima Tun Mahathir dan Bersatu menyertai Pakatan Harapan sebelum PRU 14. PKR, DAP dan Amanah begitu ghairah untuk menumbangkan BN sehingga sanggup menjanjikan jawatan Perdana Menteri kepada Tun M. 

Sepatutnya Anwar dan Pakatan Harapan terus bersabar, walau tidak menang PRU 14 tanpa Tun M, asalkan sokongan mereka semakin bertambah. Walaupun BN berjaya ditumbangkan, Anwar masih juga mahu menekan Tun M untuk menjanjikan tarikh menyerahkan jawatan, walaupun belum sampai 24 bulan seperti yang dijanjikan. 

Kemuncaknya, pada Persidangan Majlis Presiden Pakatan Harapan, untuk membincangkan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri oleh Tun M, telah berlaku perselisihan apabila Syed Saddiq bertindak sebagai jurucakap kepada Tun M dan menyelar DAP dan Amanah yang tidak sabar dan terus menekan Tun M. 

Masalahnya, Anwar yang masih bermuka-muka dalam persidangan tersebut, kerap menyebut agar menerima sahaja cadangan Tun M yang mahu meletak jawatan selepas Persidangan APEC tanpa tarikh tetap. 

Azmin dan Muhyiddin yang telah menghidu kemuncak krisis Pakatan Harapan, kemudiannya bertindak membawa keluar 10 Ahli Parlimen PKR dan 10 Ahli Parlimen Bersatu, dan menyokong blok Muafakat Nasional ketika itu. 

Selepas itu juga, Tun M pun meletak jawatan seperti yang dijanjikan, tetapi tidak pula menamakan pengganti beliau serta membubarkan Kabinet, walaupun tiada keperluan.

Ketika itu juga peluang terbaik Anwar untuk membawa "numbers" beliau untuk mengadap YDPA dan seterusnya menjadi PM8. Tetapi Anwar juga masih gagal untuk mendapat minimum 112 Ahli Parlimen, sebaliknya hanya mempunyai seramai 85 Ahli Parlimen, setelah ditolak 25 Ahli Parlimen dari PKR-Azmin dan Bersatu-Muhyiddin, serta Bersatu-Tun M. 

Jika Anwar masih boleh bersabar di dalam penjara, serta menerima dahulu kekalahan tipis Pakatan Harapan kepada BN pada PRU 14 tanpa Tun M, maka Pakatan Harapan mungkin akan semakin kuat untuk menghadapi PRU 15.

Jika Anwar masih bijak, demi survival politik beliau, pastinya akan bersama Perikatan Nasional dan meninggalkan DAP yang semakin kuat pengaruh mereka terhadap Amanah. 

Hanya bersama Amanah, DAP berpeluang untuk menggugat penyokong PAS, UMNO, Bersatu dan PKR sekaligus. Fahaman Wahabi dan Syiah dilihat senjata ampuh untuk DAP mengumpan umat Islam yang tidak mahu membebankan diri dengan Syariat Islam yang sebenar. 

Dengan Amanah, DAP boleh mengehadkan bunyi pembesar suara Masjid seperti yang telah berjaya mereka lakukan pada tahun 2015, dimana penggunaan pembesar suara selain untuk Azan dan Iqamah merupakan satu kesalahan di Pulau Pinang sehingga kini. 

DAP juga pasti bercita-cita untuk mencampuri urusan pentadbiran Masjid, dengan melantik AJK Masjid bukan Islam, menjemput Wakil Rakyat bukan Islam untuk memberi Tazkirah, mengarahkan dana Masjid digunakan untuk bukan Islam, mencampuri urusan pemberian Zakat dan banyak lagi. 

Semua ini pernah berlaku semasa 22 bulan Pakatan Harapan berkuasa, dimana Amanah telah menukar banyak pengurusan Masjid di negeri dikuasai Pakatan Harapan seperti Perak dan Kedah. 

PKR kini dilihat semakin pro UMNO, sementara Amanah dilihat semakin pro DAP. Ini bakal membawa kepada perpecahan komponen dalam Pakatan Harapan menjelang PRU 15, yang bakal diadakan selepas tempoh matang Dewan Rakyat 36 bulan dari PRU 14, iaitu pada Mei 2021.

Tempoh beberapa bulan, sekitar awal tahun 2021 adalah satu tempoh masa yang amat kritikal. Di pihak Pakatan Harapan, jika Anwar masih gagal menjadi Perdana Menteri sebelum PRU 15, untuk menukar sistem baru pilihanraya, maka era Reformasi akan berkubur selamanya, selagi PAS dan UMNO bersatu. 




Di pihak Perikatan Nasional pula, jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri sebelum PRU 15, dan menukar sistem baru pilihanraya, seterusnya menang PRU 15, maka kuasa politik Melayu dan Islam akan selamanya hilang. 

Jika Pakatan Harapan berjaya menang PRU 15 dengan sistem baru tersebut, DAP hampir pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memecahkan sempadan pilihanraya di semua 40 kawasan Parlimen mereka pada tarikh matang 8 tahun iaitu pada 2025.

Alasan kepadatan penduduk yang tinggi iaitu 3 kali ganda dari kawasan Parlimen lain, berbanding semua kawasan Parlimen DAP di bandar utama, pasti tidak akan dapat ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Setelah DAP berjaya mempunyai lebih dari 120 kerusi Parlimen, maka hampir pasti sistem lama akan digunakan kembali pada PRU 16. Dengan pertambahan kerusi Dewan Rakyat menjadi 300 kerusi keseluruhan, maka DAP mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dengan hanya tidak sampai 40 kerusi dari PKR dan Amanah. 

Jika DAP berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan menjadi parti dominan, maka tercapailah cita-cita DAP untuk menjadi seperti PAP, iaitu sifu mereka yang berjaya menguasai Parlimen Singapura dengan hampir 100 kerusi Parlimen, walaupun hanya hanya tidak sampai 5 juta penduduk Singapura. 

PRU Singapura pada 2015, PAP mendapat 83 dari 89 kerusi yang dipertandingkan, dan yang terbaru pada 2020, PAP juga mendapat 83 dari 93 kerusi Parlimen. Jumlah 104 kerusi Parlimen Singapura, yang melebihi angka 100, walaupun pengundi di Singapura hanya sekitar 2.5 juta sahaja, berbanding di Malaysia iaitu sekitar 12 juta pada PRU 14.

Perhatikan bilangan kerusi Parlimen Singapura yang bertambah sebanyak 3 kerusi dalam masa 5 tahun. Pada PRU 2015, Singapura mempunyai 101 kerusi Parlimen. 

Dari kesemua 11 parti politik yang bertanding pada PRU Singapura pada tahun 2020, tiada satu pun parti dari kaum Melayu, walaupun kaum Melayu terdiri dari 20% penduduk Singapura. Semua pemimpin parti hanya dari kaum Cina, India dan Sikh sahaja. 

Parlimen Singapura ke 12 dengan 99 kerusi keseluruhan, Parlimen ke 13 dengan 101 kerusi dan yang terbaru Parlimen ke 14, sebanyak 104 kerusi. Setiap kali pilihanraya, bilangan Ahli Parlimen Singapura akan bertambah, walaupun bilangan penduduk Singapura tidak bertambah dengan banyak. 

Tidakkah bangsa Melayu di Malaysia mahu belajar dari kesilapan Sultan Hussein Syah yang dipaksa untuk menandatangani perjanjian "Treaty of Singapore" oleh Residen British John Crawford pada tahun 1824? 

Perjanjian yang juga dikenali sebagai Perjanjian Crawford, telah ditandatangani pada tarikh 2 Ogos 1824, bertempat di Government Hill iaitu kawasan kediaman Residen British John Crawford. 

Perjanjian tersebut merupakan satu persetujuan untuk menyerahkan Pulau Singapura kepada Syarikat India Timur Inggeris. Di dalam artikel ke 2 perjanjian tersebut, telah tertulis "Their Highnesses the Sultan Hussein Mahomed Shah and Datu Tumunggung Abdul Rahman Sri Maharajah hereby cede in full sovereignty and property to the Honourable the English East India Company, their heirs and successors for ever the Island of Singapore, situated in the Straits of Malacca together with the adjacent seas, straits, and islets, to the extent of ten geographical miles, from the coast of the said main Island of Singapore". 

Sebagai pampasan, British memberi sejumlah wang 33,200 dollar Sepanyol serta elaun bulanan sebanyak 1,300 dollar untuk sepanjang hidup. British pula menawarkan Sultan Hussein sejumlah 20,000 dollar untuk meninggalkan Singapura. 

Sultan Hussein Syah yang ditabalkan atas arahan Sir Stamford Raffles, ketika krisis Kesultanan Singapura, kemudian diperlekehkan terutamanya dari pendatang dari China yang dibawa British, dan dituduh sebagai pemecahbelah Kesultanan Singapura. Pada tahun 1834, Sultan Hussein Syah yang berduka kerana menyedari kesilapannya mempercayai British, telah meninggalkan Singapura dan mangkat pada tahun 1835 di Melaka. 

Putera sulung Sultan Hussein Syah, Tengku Ali pula ditabalkan dalam sebuah upacara sederhana di Istana Kampung Glam dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. British tidak memberi peruntukan kepada Istana Singapura, sehingga Sultan Ali mangkat pada tahun 1877.

Putera Sultan Ali, Tengku Alam Syah pula menggantikan ayahandanya dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah. Namun tidak lagi diberi kuasa seorang Sultan, tetapi hanya berkuasa sebagai Ketua Keluarga Diraja Singapura, sehinggalah mangkat pada tahun 1891.

Anakanda Sultan Alauddin Mansur, iaitu Tengku Ali pula menggantikan ayahandanya, tetapi tanpa gelaran Sultan oleh British, dan mangkat pada tahun 1918. Selepas itu puteranya Tengku Hussein menggantikan ayahandanya sebagai Ketua Keluarga Diraja Singapura, sehinggalah sekitar tahun 1930an. 




Akhirnya Kerajaan Singapura mengambil alih Istana Kampung Glam dan dijadikan Pusat Warisan Melayu pada tahun 2002. Begitulah pengakhiran era Kesultanan Melayu di negara Singapura, akibat dari sikap orang Melayu sendiri yang tidak bersatu, berpecah belah serta mudah percaya kepada bangsa asing. 

Musuh Islam iaitu British pula hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan atas kelemahan serta perpecahan bangsa Melayu dan Islam. Mereka sedar bahawa bangsa Melayu yang beragama Islam tidak dapat ditewaskan dengan kuasa tentera. 

British banyak banyak belajar dari kegagalan angkatan tentera Portugis, Belanda, mahupun kerajaan Siam yang cuba menakluk Kesultanan Melaka dan Johor. 

Jadi bukankah jelas DAP di Malaysia kerap kali cuba mempertikai Sultan dan Agong di negara ini, sepertimana sikap British yang benci kepada Kesultanan Melayu? Persoalannya mengapa Anwar dan Mat Sabu tidak pernah menegur DAP, malahan kadang-kadang membela kelakuan mereka? 

Adakah Anwar dan Mat Sabu juga sebenarnya mahu Kesultanan Melayu di negara ini di hapuskan, sebagaimana yang telah berlaku di Singapura? 

Jika hak sama rata yang sering di perjuangkan Pakatan Harapan, iaitu kononnya bangsa Melayu akan lebih maju jika bersaing sama rata dengan bangsa lain, walaupun tanpa bantuan kerajaan serta perlindungan Sultan,

Bagaimana dengan pembunuhan umat Islam di serata dunia seperti pengusiran kaum Uighur dan Han di Xinjiang, China? Kaum Rohingya di Myanmar? Kaum Melayu Siam di Thak Bhai, Thailand? Kaum Serb di Bosnia Herzegovina? Umat Islam di Palestin, Kashmir, Turkistan Timur, Algeria, Tunisia, Ethiopia, Chad, Somalia, Djibouti, Sudan, Uzbekistan, Afghanistan, Iraq, Syria, Tunisia, Libya dan yang terbaru, pembunuhan 50 umat Islam di dalam Masjid di Christchurch, New Zealand?

Adakah semua negara tersebut tidak mengamalkan hak sama rata agama dan bangsa? 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo