NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 Cara Untuk Tingkatkan Aliran Tunai Anda




Aliran tunai peribadi adalah salah satu cara dalam mengukur kesihatan kewangan anda. Ianya juga merupakan elemen paling penting dalam perancangan kewangan. Terdapat dua jenis aliran tunai iaitu pendapatan dan perbelanjaan.

Pendapatan bermaksud berapa banyak aliran masuk yang dijana dan perbelanjaan adalah berapa banyak aliran keluar. Kebiasaannya, aliran tunai itu diukur secara bulanan.

Aliran tunai itu boleh jadi positif apabila pendapatan yang diperolehi lebih daripada perbelanjaan. Jadi, lebihan pendapatan boleh disimpan untuk hal-hal kecemasan dan pelaburan jangka masa panjang.

Manakala aliran tunai deficit atau negatif pula adalah apabila perbelanjaan mengatasi jumlah pendapatan. Implikasinya, seseorang itu bisa terjerut dengan masalah hutang sehingga boleh membawa kepada muflis.

Berikut adalah beberapa cara ataupun petua untuk anda tingkatkan aliran tunai.

1. Tahu Berapa Nilai Pendapatan Semasa

Bagi mereka yang bekerja makan gaji setiap bulan, tiada masalah sangat berkaitan pendapatan.

Hal ini demikian kerana segala jenis pemotongan gaji seperti KWSP dan cukai pendapatan sudah diselesaikan oleh pihak majikan. Mereka hanya perlu menjaga gaji yang diterima daripada habis begitu sahaja.

Lain pula bagi mereka yang bekerja sendiri kerana pendapatannya yang tidak menentu. Jadi mereka perlu memahami corak aliran masuk bagi memenuhi komitmen kewangan bulanan.

Mereka juga tidak digalakkan mencampurkan pendapatan peribadi dan perniagaan kerana dikhuatiri akan mengganggu kemandirian sesebuah syarikat.

Bayangkan anda membeli Honda FD menggunakan duit syarikat dan selepas itu syarikat dilanda masalah. Pastinya anda akan semakin terbeban dan dibimbangi akan jatuh muflis.

2. Catat Perbelanjaan Anda

Anda perlu memahami berapa banyak wang yang dikeluarkan untuk digunakan sebagai keperluan seperti makanan, bayaran pinjaman serta servis kereta.

Perkara paling penting adalah anda harus memiliki dana kecemasan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti bil perubatan dan lain-lain.

Kalau mahu lagi mudah, anda boleh catat perbelanjaan anda di buku nota, telefon bimbit ataupun komputer. Pastikan nilai perbelanjaan itu setara dengan jumlah pendapatan anda, sekurang-sekurang tidaklah anda menketedarah maggi di hujung bulan.

3. Kurangan Perbelanjaan Yang Merugikan

Sebelum membeli sesebuah barangan ataupun produk, tanya pada diri anda dahulu adakah ianya berbaloi, mungkin juga ada barang yang lebih murah di tempat lain.

Jika anda merasakan sesebuah pembelian untuk merugikan, lebih baik anda menyimpan untuk kegunaan masa hadapan dan pelaburan.

Walau bagaimanapun, hal ini hanya mudah diucapkan dibibir kerana kita didorong nafsu untuk membeli pelbagai barangan. Tidak salah untuk berbelanja dan tingkatkan gaya hidup tetapi biarlah selari dengan pendapatan.

4. Tambahkan Pendapatan

Sekiranya aliran tunai mengalami defisit, anda boleh tambahkan pendapatan semasa baik secara pasif ataupun aktif.

Pendapatan pasif adalah bermaksud wang yang anda terima daripada pelaburan ataupun pendapatan sewa. Kaedah ini amatlah sesuai untuk jangka masa panjang seperti dana persaraan boleh digunakan untuk pelaburan.

Pendapatan aktif pula mudah sahaja iaitu gaji anda. Mungkin anda boleh meminta untuk dinaikkan gaji tetapi dengan syarat anda harus melakukan kerja tambahan bagi menjana pendapatan aktif.

5. Rancang Aliran Tunai Anda
Anda harus memiliki perancangan bagi membantu diri untuk membuat keputusan yang bijak dalam menguruskan kewangan. Ada beberapa petua yang boleh anda amalkan iaitu:

Tetapkan bajet: Ianya membuatkan anda berbelanja dengan realistik dan mengikut bajet

Daftar sebagai ahli: Terdapat beberapa pasar raya yang melaksanakan pendaftaran ahli dengan manfaat mengurangan harga barang. Jadi daftarlah dan anda akan mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan.

Rancang perjalanan beli-belah: Selain menjimatkan masa, ianya juga menyekat anda daripada membeli barang yang bukan keperluan. Secara tidak langsung, duit anda dapat diselamatkan daripada dibaham.

Sumber: https://theoutlook.asia/5-cara-untuk-tingkatkan-aliran-tunai-anda/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo