Cukup hujjah Rif'aat Sahaja Untuk Menyekolahkan Anwar

Kita tertanya, adakah bijak, peka dan beradab dalam berbahas yang dimaksudkan itu bermakna seorang Muslim tidak boleh menyatakan ajaran Islam secara jelas, berterus-terang dan perlu berselindung-selindung?

Maka orang Islam tidak boleh sebut secara terang-terangan bahawa Tuhan itu hanya satu tiada sebarang sekutu, tiada anak dan isteri. Nabi Muhammad ﷺ itu utusan Allah, sama seperti Nabi Isa alaihis salam yang juga utusan Allah, bukan anak Allah, sama juga seperti Nabi Musa alaihis salam dan para Nabi yang lain?

Tak boleh juga sebut kitab Taurat dan Injil yang diimani oleh orang Islam ialah versi asal Taurat dan Injil yang diturunkan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS, bukan pelbagai versi terjemahan dan pindaan yang berlegar zaman sekarang?

Adakah bijak, peka dan beradab dalam berbahas itu bermaksud;

Perlu kata semua agama sama;

Masuk gereja, jumpa orang Kristian kena sebut Jesus anak tuhan?;

Masuk kuil orang Hindu kena tunduk sembah kepada berhala Hindu?;

Masuk tokong orang Buddha, kena tunduk sembah kepada berhala Buddha?;

Kalau begitulah adab berbahas yang dimaksudkan, itu adab orang liberal sekular pragmatik opportunis fantastik bombastik mister loba loba, bukan adab Islam.

Baca al-Quran, baca sirah dakwah Rasulullah ﷺ, terang-terang dinyatakan kebenaran secara telus. Rasulullah ﷺ tak pernah berpura-pura tunjuk liberal tatkala berhadapan masyarakat musyrikin di Mekah. Ketika di Madinah, Rasulullah ﷺ terus terang menegur penyelewengan agama yang dibuat oleh orang Yahudi dan Kristian. 

Setelah kebenaran telah dinyatakan, terpulanglah kepada manusia untuk membuat penilaian, sama ada dia nak terima atau menolak.

Islam tidak benarkan paksaan untuk penganut agama lain masuk Islam. Dia nak masuk Islam atas pilihan dia, alhamdulillah, dia tak nak masuk Islam, dia boleh terus mengamalkan kepercayaan dia, orang Islam tak boleh paksa dan tak boleh hina sembahan penganut agama lain.

(لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ)
[Surah Al-Kafirun 6]
Bagi mereka agama mereka, bagi aku agama aku.

Mengenai perbandingan agama, al-Quran mengajak manusia untuk membuat penilaian terhadap agama dan kepercayaan yang mereka anuti. 

Membuat penilaian agama tidak sesekali bermaksud untuk menghina, bahkan al-Quran sendiri mencabar manusia membuktikan kepalsuan al-Quran sekiranya mereka mendakwa anutan kepercayaan mereka adalah kebenaran.

Para ulamak juga banyak menghasilkan kitab perbandingan agama, sebagai contoh:
Al-Milal wan Nihal Ibnu Hazm dan Syahrastani.
Al-Jawab as-Shahih liman baddala dinal Masih Ibu Taimiyyah.
Izharul Haq Rahmatullah Hindi.

Ramai tokoh perbandingan agama di kalangan umat Islam, antara yang termasyhur al-Marhum Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik.

Apabila membuat perbandingan agama, kebiasaannya akan berakhir dengan mengucap syahadah.

Namun tidak semuanya masuk Islam. Di pihak Kristian, anda boleh lihat sebagai contoh Karen Armstrong, bekas nun yang melakukan penyelidikan terhadap pelbagai agama. Walaupun beliau tidak masuk Islam tapi perbandingan agama meluaskan ufuk pemikirannya. 

Kenyataan YB Ustaz Nik Zawawi itulah pendirian umat Islam, Bible yang dibaca oleh orang Kristian bukan Injil Nabi Isa alaihis salam yang diimani oleh orang Islam kerana berlaku penterjemahan, olahan dan pindaan. Di mana kurang bijak dan tidak pekanya?

Kita nak tahu juga apakah pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Bible yang ada pada tangan orang Kristian sekarang, adakah beliau beriman Bible tersebut memang Kalam Allah ataupun mengakui bahawa unsur-unsur penyelewengan sudah menyelinap masuk ke dalam Bible?

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post