Bursa Malaysia di Buka Tinggi


BURSA Malaysia dibuka tinggi berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana dalam hampir semua saham berkaitan indeks selain menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.00 mata kepada 1,579.12 daripada 1,577.12 semasa ditutup sebelum ini.

FBM KLCI dibuka tinggi 1.43 mata kepada 1,578.55.

Di pasaran lebih luas, terdapat 370 kaunter untung dan 101 kaunter rugi, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,253 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 473.74 juta saham bernilai RM189.95 juta.

Pasaran saham AS meningkat berikutan Dow naik 0.7 peratus, manakala S&P 500 (+0.3 peratus) dan Nasdaq (+0.7 peratus) ditutup pada paras tertinggi baharu berikutan data Indeks Pengurus Pembelian AS yang lebih kukuh daripada jangkaan awal.

Bagi hari akan datang, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan kekurangan petunjuk baharu, FBM KLCI dijangka berada dalam jajaran kecil berikutan kenaikan yang terjejas oleh aktiviti pengambilan untung.

Katanya pelabur akan terus menerima pengumuman mengenai pendapatan korporat untuk menilai semula strategi pelaburan mereka.

“Kita akan turut menyaksikan aktiviti dagangan dalam kalangan saham berharga rendah, yang disokong oleh mudah tunai tanpa gangguan berikutan pelabur terus mencari hasil yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti.

“Mengenai prospek teknikal, kami berpendapat 1,600 sebagai paras halangan segera, diikuti 1,615,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga, masing-masing tidak berubah pada RM7.55 dan RM11.00, Top Glove menambah 24 sen kepada RM28.24, Public Bank susut dua sen kepada RM17.28, manakala Hartalega jatuh 10 sen kepada RM17.64.

Dalam kalangan saham cergas, PWorth dan Lambo, masing-masing naik setengah sen kepada empat sen dan 5.5 sen, dan XOX menambah 1.5 sen kepada 22.5 sen.

Top Glove merupakan kaunter paling untung, diikuti Pharmaniaga yang naik 21 sen kepada RM4.54 dan MSCM meningkat 20 sen kepada RM1.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.05 mata kepada 11,372.13, Indeks FBMT 100 meningkat 17.67 mata kepada 11,176.91, dan FBM 70 menambah 37.13 mata kepada 14,773.41.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 30.18 mata kepada 13,459.99 dan FBM ACE melonjak 102.02 mata kepada 11,023.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.24 mata kepada 13,037.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.62 mata kepada 142.89, dan Indeks Perladangan naik 4.80 mata kepada 7,044.46. - Bernama
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post