Saifudin perlu tampil perjelaskan rasional perlantikan Eric Paulsen


1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mohon penjelasan YB Menteri KKMM Datuk Saifudin Abdullah mengenai perlantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

2. Apakah asas dan rasional melantik Eric Paulsen, seorang peguam yang terkenal dengan pelbagai kenyataan ekstrim dan berbaur penghinaan terhadap Islam dan umat Islam melalui saluran media sosial beliau?

3. Eric telah berkali-kali mengguris hati umat Islam dengan tulisan beliau seperti menuduh JAKIM mempromosi ekstrimisme dalam khutbah Jumaat, memperlekeh Hukum Syariah dan menyalahkan madrasah menuntut ilmu agama sebagai lokasi pembiakan ekstrimis agama.

4. Jika kepakaran dalam perundangan dan hak asasi manusia menjadi sandaran, Pemuda UMNO bertanggapan ramai lagi tokoh Peguam atau aktivis Hak Asasi Manusia yang sederhana (moderate) dan lebih memahami batasan kebebasan bersuara yang menyantuni acuan masyarakat Timur bertunjangkan prinsip agama dan budaya boleh menjadi pilihan.

5. Pemuda UMNO berharap Saifudin tidak mengulangi keterlanjuran beliau ketika dalam Pakatan Harapan (PH) yang kuat mempelopori dan mempromosi agenda meratifikasi ICERD, Statut Rom dan pelbagai konvenyen Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang mampu menggugat kestabilan dan kerukunan negara pelbagai agama dan kaum!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

15 Jun 2020
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post