NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masjid, surau di Wilayah Persekutuan dibuka untuk solat jemaah esok - JAWI


KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kecuali di kawasan Zon Merah, dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata keputusan itu susulan perkembangan situasi semasa serta pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Kebenaran itu tertakluk kepada jumlah satu pertiga had kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau terlibat serta jemaah dalam kalangan warga tempatan sahaja.

“JAWI ingin mengingatkan agar segala garis panduan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan terus dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut berharap umat Islam dapat memanfaatkan peluang itu dengan meningkatkan amalan ibadah serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo