NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Kes baharu terendah Kes pulih perlahan


Wabak COVID-19 peringkat Global hari ni (8 Jun) berjumlah 7,123,208 kes. Sementara peringkat Asia berjumlah 1,382,453 kes. Seterusnya dunia sedang menyaksikan Amerika Syarikat kekal sebagai negara tertinggi dengan jumlah 2,008,303 kes. Ini data yang paling teruk bagi Amerika apabila jumlah terkesan kerana Wabak COVID-19 yang hampir sama dengan penduduk Malaysia.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (8 Jun) memaklumkan terdap at tujuh (7) kes baharu yang bertambah. Ini merupakan jumlah kes terendah yang pernah dicatatkan setakat ini. Kesannya, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,329 kes.

Turut dimaklumkan terdapat 20 kes yang telah dirawatpulih. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dirawatpulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,694 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,518 kes. Daripada jumlah ini, enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang daripadanya adalah memerlukan bantuan pernafasan.
Pecahan daripada tujuh (7) kes baharu yang dinyatakan di atas, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kemudian lima (5) kes lagi merupakan penularan di dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia.
Perincian bagi lima (5) kes penularan dalam kalangan warganegara adalah seperti berikut:
· Dua (2) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8294) di Sepang, Selangor;
· Satu (1) kes saringan tempat kerja dari Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
· Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, Sabah;
· Satu (1) kes saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah.
Tiada penerangan foto disediakan.Alhamdulillah, bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kes Pulih Perlahan

Dalam kesungguhan pasukan perubatan menyelidiki bagi menemukan vaksin cegah Wabak COVID-19, kes baharu terus muncul. Kesannya usaha merawatpulih tidak serancak dalam mengurangi pertambahan kes baharu.

Natijahnya hasil pemulihan agak perlahan kerana pola menurun dan menaik bagi kes rawatpulih yang hampir sama dengan pola kes baharu yang juga bersifat menaik-munurun. Jumlah kes baharu dalam tempoh 4 Mei hinggga 8 Jun adalah kumulatifnya sebanyak 2,031 kes. Sementara kes dirawatpulih kumulatifnya berjumlah 2,281 kes.




Meskipun jumlah dirawatpulih lebih besar sedikit berbanding pertambahan kes baharu, tetapi perbezaannya agak kecil. Hal ini memungkinkan kumulatif jumlah pesakit COVID-19 yang sedang dirawat akan terus kekal dengan angka melebihi 1,500. Maka kadar dirawat pulih akan terus bertahan pada kadar sekitar 80 peratus.

Semoga Allah permudahkan urusan perawatan dan dikurniakan kekuatan yang berlipatganda kepada pasukan perubaan KKM. Maka Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal bermula 10 Jun nanti baka; membuahkan hasil di penghujungnya nanti. Ins sya Allah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo