NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fintech tingkat capaian perniagaan, pelanggan



KUALA LUMPUR: Teknologi kewangan (FinTech) yang digerakkan Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0) meningkatkan perkhidmatan kewangan, operasi, model perniagaan dan pembabitan pelanggan abad ke-20 dengan pantas.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Ekonomi 2020, entiti FinTech adalah institusi bukan kewangan seperti pinjaman, pelaburan, pembayaran, pengurusan risiko, analitis data dan pengurusan kekayaan.

Aktiviti FinTech merangkumi pembayaran mudah alih, pemindahan wang, platform dagangan, pendanaan orang ramai dan pembiayaan antara rakan setara (P2P).

Menurut laporan berkenaan, dalam konteks FinTech Islam, semua aktiviti ini mesti patuh Syariah dan menurut Thomsom Reuters (2018), industri kewangan Islam mempunyai potensi yang besar dengan aset dijangka mencecah AS$3.9 trilion (RM16.3 trilion) menjelang 2023.

Bagaimanapun, FinTech Islam di Malaysia masih di peringkat awal dan mempunyai prospek pertumbuhan yang luas.

Kemunculan FinTech menjadikan kewangan Islam lebih kompetitif dan menarik kepada pelanggan kerana memberikan pilihan yang sesuai dengan keperluan individu.

Inovasi ini juga menarik lebih ramai pelanggan melalui kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan kos yang lebih rendah dan cekap.

Penggunaan FinTech yang semakin luas dalam kewangan Islam menyebabkan institusi kewangan Islam (IF) tradisional menghadapi persaingan.

Pilihan lebih luas yang tersedia untuk pelanggan melabur melalui P2P dalam talian dan pasaran pendanaan orang ramai juga boleh mengakibatkan pengurangan deposit dan portfolio pelaburan.

Pendanaan orang ramai adalah platform pertama diperkenalkan semasa permulaan era FinTech Islam di pasaran Malaysia.

Pada 2016, FinTech Islam telah mencapai kemajuan yang ketara dan kemajuan ini termasuk pengenalan Platform Akaun Pelaburan (IAP), Pendanaan Orang Ramai Islam, Perikatan FinTech Islam (IFT Alliance), pembiayaan P2P Islam dan Penasihat Robo Islam.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/10/506772/fintech-tingkat-capaian-perniagaan-pelanggan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo