Kami Dong Jiao Zong berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhan seperti menyelesaikan kebimbangan masyarakat Cina dan India. Selain itu, mengikut maklumat terkini, pengenalan tulisan Khat ini mempunyai unsur keagamaan. Oleh itu, Dong Jiao Zong berpendirian tegas bahawa perlaksanaan ini perlu dibatalkan di peringkat sekolah rendah jenis kebangsaan.
(1) Kami setuju dengan pendirian MCCBCHST (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism), iaitu Khat adalah sejenis Kaligrafi Arab dan berkaitan dengan agama Islam. Oleh itu, memperkenalkan Khat di SJKT atau SJKC bukan sahaja melibatkan unsur keagamaan tapi juga satu perbuatan yang kurang sesuai. Ia berkemungkinan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan 12(3).
Sepertimana kajian dan kenyataan sesetengah ahli akademik, tulisan Khat adalah satu bentuk media yang diguna pakai untuk tujuan dakwah agama Islam dan adalah tidak sesuai sekiranya memaksa murid-murid bukan Muslim untuk mempelajarinya. Malaysia adalah sebuah negara yang mengikut prinsip sekular dan walaupun agama Islam sebagai agama rasmi namun rakyat mempunyai kebebasan untuk beragama. Oleh itu, perlaksanaan sebarang bahan berunsur agama di SJK adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
(2) Negara kita mengamalkan sistem sekular dan ia merupakan satu persetujuan antara kaum dan juga sebagai unsur asas perpaduan. Kami ingin mengingatkan kepada pihak berkenaan bahawa sebarang polisi yang dicadangkan perlu bersesuaian dengan kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat dalam negara kita. Kami juga menyeru supaya komunikasi antara kerajaan dan rakyat amat penting untuk memastikan kepercayaan antara satu sama lain dan membawa negara berpandu ke arah kemakmuran.
(3) Oleh itu, DJZ berpendirian tegas supaya KPM menghentikan perlaksanaan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu SJK untuk memastikan keunikan SJKT dan SJKC tidak dipengaruhi.
SEGAMAT – DUN Tenang mungkin tidak lagi setenang namanya kerana kehidupan di sini agak berbeza berbanding masa lalu. Dengan peluang pekerjaa...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment