NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seminar Perpaduan Nasional Anjuran DHPP Pusat


SEMINAR PERPADUAN NASIONAL ANJURAN DHPP PUSAT.

Ketika PAS dituduh telah melancarkan perang dan akan menjadikan negara ini seperti Afghanistan, *Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP)* tampil menganjurkan satu *seminar untuk meningkatkan keharmonian di antara kaum* di Malaysia.

DHPP akan menganjurkan *SEMINAR PERPADUAN NASIONAL hari Ahad ,10 Mac 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.*

Seminar ini bertujuan untuk mengenalpasti formula bagi memastikan hubungan antara kaum di Malaysia dapat menjadi lebih harmoni.

Seminar ini sekali-gus menjawab segala tuduhan-tuduhan yg tidak berasas itu.

Berikut adalah butiran seminar ini.

Seminar ini dibuka kepada orang ramai.

8.00 am - 9.00 am :
*Pendaftaran dan sarapan pagi.*

9.00 am - 9.45 am :
*- Ucapan Aluan Pengerusi, Dr Balachandran Gopal Krishnan (Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Kepada Menteri Besar Terengganu).*
*- Ucapan Ketua DHPP Pusat, Sdra N. Balasubramaniam JP.*
*- Ucapan Perasmian Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad.*

9.45 am – 10.15 am :
*Kertaskerja 1 - Sejarah Hubungan Antara Kaum Di Malaysia - Dr. Ann Wan Seng.*

10.15 am – 10.45 am : *Kertaskerja 2 - Hubungan Antara Kaum Di Malaysia Hari Ini - Peguam Zubir Embong.*

10.45 am - 11.00 am :
*Rehat Dan Minum Teh.*

11.00 am – 11.30 am : *Kertaskerja 3 - Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan Menangani Hubungan Antara Kaum - Dr Wan Nik Wan Yusuf, CEO Pusat Kajian Strategik Kelantan.*

11.30 am – 12.00 pm : *Kertaskerja 4 - Pengalaman Kerajaan Negeri Selangor Menangani Hubungan Antara Kaum - Dr Halimah Ali, Mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor.*

12.00 pm – 12.45 pm :
*Soal Jawab Dan Dialog*

12.45 pm – 1.00 pm : *Resolusi - Cigku Lau Chin Chua, AJK DHPP Pusat.*

1.00 pm – 1.30 pm :
*Penggulungan Dan Penutup - YB Datuk Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulamak.*

1.30 pm - 1.45 pm :
*Penyampaian cenderamata dan sesi fotografi.*

1.45 pm - 2.30 pm :
*Makan tengah-hari.*

Diediakan oleh,
N. Balasubramaniam
Ketua DHPP Pusat
9 Mac 2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo