NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi Parlimen Cameron Highlands sah kosong



KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1440H, Isnin – Dewan Rakyat hari ini menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Disember lalu.

Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan penyandangnya, Datuk C Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya yang mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum ke-14 bagi kawasan Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah.

Media melaporkan, mahkamah membuat keputusan itu setelah mendapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

"Mahkamah Tinggi juga pada 13 Disember 2018 mengeluarkan perakuan mengikut Seksyen 36(2)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.078 Cameron Highlands pada 9 Mei adalah terbatal," kata Speaker dalam satu kenyataan di sini.

Tarikh akhir bagi Datuk C Sivarraajh mengemukakan rayuan itu ialah 14 Disember lalu.

Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan, katanya.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo