NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi gempa bumi gegar Indonesia


JAKARTA, 16 Zulhijjah 1439H, Selasa – Indonesia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.2 pada Skala Richter, yang melanda wilayah timur negara itu.

Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur.

Pakar Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran gempa kira-kira jam 2.15 petang waktu tempatan, sebelum satu lagi gempa susulan berukuran 5.6 magnitud berlaku lima minit kemudiannya.

Bagaimanapun, tiada kematian, kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gegaran itu.

Sementara itu, jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih memantau kesan gempa berkenaan.

20 Ogos lalu, gempa ketiga melanda Lombok, Indonesia yang meragut lebih 500 nyawa dan menyebabkan ribuan yang lain cedera.

Ia berlaku seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang mengorbankan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia.- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo