NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gabenor Bank Negara Letak Jawatan?

0
Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan lebih awal dari tempoh tamat bertugasnya, demikian menurut sumber yang tidak mahu dikenali


Gabenor Bank Negara Tawar Diri Letak Jawatan, kata sumber



KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan lebih awal dari tempoh tamat bertugasnya, demikian menurut sumber yang tidak mahu dikenali kerana butir perbincangan ini masih dirahsiakan.

Langkah ini diambil dalam tempoh kurang sebulan dari kejayaan Tun Mahathir memenangi pilihanraya yang mengejutkan serta pelantikan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mempersoalkan tindakan Bank Negara membeli tanah dari kerajaan sebelum ini.

Masih belum jelas bagaimana maklumbalas pihak kerajaan sekarang terhadap tawaran perletakan jawatan tersebut.

Jurucakap kepada Bank Negara telah menolak untuk memberi komen apabila ditanya pemberita.

Pegawai di Kementerian Kewangan juga turut menolak untuk memberikan komen.

Manakala Muhammad tidak menjawab panggilan telefon dan mesej teks yang dihantar ke alat mudahalih dan telefon pejabat.

Lim berkata sewaktu pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak, sejumlah wang telah dituip hasil jualan kepada Bank Negara - yang bernilai USD520 Juta - untuk membayar sebahagian dari hutang 1MDB.

Bank Negara berkata pembelian tersebut dibuat pada nilai wajar (fair value) dan mematuhi kehendak urustadbir dan undang-undang yang berkaitan.

Muhammad dilantik ke jawatan Gabenor untuk tempoh lima tahun bermula Mei 2016 apabila Tan Sri Zeiti Akhtar Aziz - yang telah dilantik oleh Mahathir - berundur setelah memimpin Bank Negara selama 16 tahun. Muhammad membina laluan kerjayanya di Bank Negara semenjak menyertainya pada tahun 1984 dan beliau turut disokong Zeti untuk meneruskan kestabilan polisi.

Sumber:
https://www.nst.com.my/business/2018/06/376903/bank-negara-governor-offers-resign-sources-say




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo