NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedikit pandangan dari sudut guaman mengenai dari sudut guaman mengenai cara siasatan dijalankan terhadap DS Najib Tun Razak



oleh: Idris Buang

1.Adakah pihak SPRM berkemungkinan silap dengan sangkaan & tuduhan terhadap DS Najib, kerana mereka didorong oleh maklumat-maklumat yang kabur ?

2.Adakah mereka yang di lantik dalam badan penyiasat khas mengenai 1MDB itu semuanya tiada kepentingan untuk memastikan sangkaan mereka “benar”? Dalam erti kata sebahagian
dari prinsip/istilah “natural justice” : “ “NO MAN SHALL BE A JUDGE IN HIS OWN CAUSE”, semua yang terlibat didalam pengendalian dan perjalanan keadilan (the course of justice) dari lapisan penyiasatan hingga ke lapisan penghakiman, hendaklah BEBAS dari apajua pandangan sangkaan atau kecenderungan yang boleh mengatakan mereka mempunyai “vested interest in the outcome of the case!
Apakah undang-undang berkaitan hak asasi ini dan juga rule of law benar-benar diikuti oleh pihak berkuasa hari ini terhadap DS Najib dan juga mereka yang bakal dipanggil?

3. Apakah perlu sangat KP SPRM membuat liputan akhbar dan menyentuh perkara-perkara yang boleh memberi impak emosi kepada mereka yang menjalankan proses keadilan agar cenderung untuk mencari bukti dan sebab supaya dapat menghukum ?

JIKA KAEDAH DAN PROSES DIAMBIL BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANG, MAKA KETIDAKADILAN PASTI BERLAKU. IA SEBALIKNYA HANYA AKAN MENCERMINKAN NILAI DAN KEWIBAWAAN PIHAK BERKUASA DAN PEMERINTAH YANG ZALIM !

Idris Buang adalah Peguamcara & Peguambela
Kuching Sarawak

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo