NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Perlis masih belum dibentuk



Kesemua negeri, telah pun menyelesaikan pelantikan menteri besar dan exco masing-masing, tetapi di Perlis – satu daripada tiga negeri yang masih dipegang BN – masih belum jelas.

'Kebuntuan' itu tetap berlaku walaupun keputusan pilihan raya umum 9 Mei lalu menyaksikan BN Perlis masih menguasai dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Kini hampir dua minggu pilihan raya umum berlalu, BN Perlis masih belum membentuk kerajaan di negeri itu.

BN Perlis menang 10 kerusi daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Baki lima lagi kerusi dimenangi oleh PKR dan PAS – kemenangan terbanyak pembangkang sejak 60 tahun pentadbiran BN.

Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.

Bagaimanapun, penyandang Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dilaporkan tidak tahu menahu berkaitan perkara itu dan tidak dimaklumkan mengenainya.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah pun memanggil 10 wakil rakyat BN menghadap baginda di Istana Arau pada Isnin minggu lepas bagaimanapun belum jelas kandungan perbincangan dalam pertemuan itu.

Untuk rekod, krisis pelantikan menteri besar yang mengambil masa lama bukan perkara baru di Perlis kerana pada PRU12 ia mengambil masa sehingga dua minggu.

Ketika itu, Shahidan diganti oleh Datuk Seri Isa Sabu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo