NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan titah adendum Najib ditunggu, penyokong hadir seawal 6 pagi



KUALA LUMPUR – Ramai penyokong dan orang awam yang mahu mengikuti perkembangan kes Datuk Seri Najib Razak dari jarak dekat dilihat hadir seawal  6 pagi dan menunggu di kawasan parkir kereta berhampiran Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sebahagian daripada mereka mengenakan kemeja-T tertera slogan ‘Justice For Najib’ manakala kawalan keselamatan ketat dilaksanakan di sekitar mahkamah.

Bagaimanapun, ruang di dalam galeri awam ‘open court’ adalah terhad dan kebanyakannya diisi oleh ahli keluarga serta rakan terdekat. 

Wakil media yang ingin berada di dalam mahkamah perlu mendaftar lebih awal bagi mendapatkan pas kebenaran manakala selebihnya mengikuti prosiding melalui siaran langsung menerusi pautan video.

Keputusan kes dijangka disampaikan oleh Hakim Alice Loke Yee Ching sekitar 9 pagi ini.

Najib Razak kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau telah menghabiskan semua peringkat rayuan selepas gagal mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara asal selama 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta, dengan tarikh pembebasan ditetapkan pada 23 Ogos 2028.

Menurut Lembaga Pengampunan, sekiranya denda tersebut tidak dibayar, tempoh pemenjaraan akan ditambah satu tahun dan tarikh pembebasan akan menjadi 23 Ogos 2029.

Pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu titah adendum diraja yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Permohonan itu melibatkan beberapa responden termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan serta kerajaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2024 menolak permohonan berkenaan, namun Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan rayuan Najib dan mengarahkan kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.

Rayuan Pejabat Peguam Negara di Mahkamah Persekutuan kemudian ditolak, dan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan berdasarkan merit, Alice Loke menetapkan hari ini, 22 Disember sebagai tarikh keputusan. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo