KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menstruktur semula bantuan terhadap pengguna diesel bagi mengurangkan bebanan rakyat dan pemain industri, demikian menurut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Titiwangsa.
Ketua Cabangnya Syed Badli Shah Syed Osman berkata, penstrukturan itu turut merangkumi cadangan pengenalan kuota subsidi diesel bagi kenderaan persendirian.
“Selain penstrukturan, kami juga mencadangkan agar kerajaan dapat menurunkan kadar cukai jalan sebanyak 50 peratus kepada pemilik kenderaan diesel persendirian dan komersial.
“PKR Titiwangsa amat prihatin terhadap rungutan orang ramai berikutan kenaikan ketara harga minyak diesel yang serba sedikit akan menjejaskan pelbagai industri dan memuncakkan kenaikan harga barang,” katanya dalam satu kenyataan selepas selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026.
Menerusi mesyuarat sama, Cabang Titiwangsa turut meluluskan usul yang menggesa agar langkah proaktif diambil di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami memahami krisis harga minyak merupakan isu global, namun kesan kenaikan itu boleh dikurangkan dengan memberi fokus bantuan kepada pengguna industri kecil dan persendirian.
“Selain isu diesel, kami juga mengusulkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula kuota 300 liter RON95 Budi Madani sebaik sahaja krisis di Timur Tengah berakhir.
“Ini dapat membantu meringankan beban rakyat,” katanya lagi.
Mesyuarat tersebut dirasmikan Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment