NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putra dakwa rombakan Kabinet tanda ‘penyerahan kuasa politik’



KUALA LUMPUR – Parti Bumputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa rombakan Kabinet terbaharu bukan satu penstrukturan pentadbiran sebaliknya satu bentuk “penyerahan kuasa terbuka” demi mengekalkan kedudukan Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali menyifatkan, barisan Jemaah Menteri baharu itu sebagai “Kabinet bendera putih” yang lahir akibat tekanan politik bukan keperluan nasional.

Beliau mendakwa, rombakan itu berlaku tanpa sebarang krisis besar seperti bencana atau kecemasan negara sebaliknya didakwa berpunca daripada ugutan politik sehingga kementerian strategik dikorbankan.

“Perubahan tersebut menunjukkan DAP mempunyai pengaruh besar dalam menentukan hala tuju Kabinet termasuk penguasaan kementerian berkait bandar, wilayah dan kerajaan tempatan yang dianggap kritikal terhadap struktur kuasa negara,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan, pengguguran Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, sambil mendakwa menteri lain yang berprestasi lemah serta terpalit kontroversi masih dikekalkan dalam Kabinet.

“Sejak bila ugutan politik menjadi asas pembentukan Kabinet? Kami  menuntut Perdana Menteri menjelaskan mengapa setiap tekanan daripada DAP didakwa disusuli dengan penyesuaian kuasa dalam kerajaan,” ujarnya.

Ibrahim mengkritik UMNO yang disifatkan berdiam diri walaupun kementerian penting berkaitan ekonomi rakyat, perumahan dan wilayah berpindah tangan, sekali gus mencerminkan kelemahan kepimpinan parti itu.

Beliau turut mendakwa, pelantikan beberapa tokoh UMNO ke jawatan tertentu bukan berdasarkan keupayaan sebenar sebaliknya didorong pertimbangan politik dalaman dan ketakutan terhadap persaingan kuasa.

Katanya, Putra menolak alasan “strategi politik” dan menyifatkan sikap berdiam diri pemimpin sebagai tanda meletakkan jawatan dan kuasa mengatasi prinsip serta maruah perjuangan.

Beliau berkata, Putra memberi amaran bahawa kerajaan yang ditadbir berdasarkan tekanan dan ketakutan akan terus menggadaikan kepentingan nasional demi mengekalkan kestabilan jangka pendek.

Ibrahim turut mengingatkan pengundi Melayu  tidak mudah lupa terhadap keputusan politik yang dianggap mengkhianati kepercayaan mereka.

Menurutnya, sejarah membuktikan pemimpin yang mengekalkan kuasa dengan mengorbankan prinsip akhirnya akan kehilangan kedua-duanya, sama ada kuasa mahupun maruah.

“Putra menyeru ahli UMNO, PH dan parti lain agar berani meninggalkan kepimpinan yang dianggap menipu rakyat, sambil menegaskan bahawa PUTRA terbuka kepada mereka yang mahu kembali kepada prinsip asal perjuangan bangsa dan negara,” tambahnya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo