TAWAU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan berhubung calon yang akan diketengahkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkembangan bagi kawasan berkenaan.
"Kita serahkan kepada Ketua Menteri untuk dibincangkan di peringkat GRS dan saya belum ada maklumat apa-apa lagi berkaitan perkara ini,” katanya ringkas kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan kerusi DUN Lamag serta sama ada GRS akan bertanding dalam PRK berkenaan.
Kerusi DUN Lamag diisytiharkan kosong susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru pada 5 Disember lalu.
Pemergian Allahyarham turut menyebabkan kekosongan luar jangka di kerusi Parlimen Kinabatangan yang disandangnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment