NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlembagaan benar bukan Melayu jadi PM jika kuasai majoriti – Noh Omar



  • Bercakap kepada The Merdeka Times, Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata Perlembagaan Persekutuan pada masa ini tidak menetapkan syarat bahawa Perdana Menteri Malaysia mesti berbangsa Melayu atau beragama Islam, sebaliknya hanya menyatakan bahawa sesiapa yang memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat layak dilantik ke jawatan tersebut.
  • “Perlembagaan sekarang tidak sebut Perdana Menteri mesti Melayu atau Islam. Kalau bukan Melayu dapat sokongan majoriti, dia boleh jadi PM,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, menyuarakan kebimbangan mengenai kedudukan politik Melayu di masa depan, termasuk kemungkinan jawatan Perdana Menteri disandang oleh individu bukan Melayu jika kuasa politik Melayu semakin berpecah.

Bercakap kepada The Merdeka Times, Noh berkata Perlembagaan Persekutuan pada masa ini tidak menetapkan syarat bahawa Perdana Menteri Malaysia mesti berbangsa Melayu atau beragama Islam, sebaliknya hanya menyatakan bahawa sesiapa yang memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat layak dilantik ke jawatan tersebut.

“Perlembagaan sekarang tidak sebut Perdana Menteri mesti Melayu atau Islam. Kalau bukan Melayu dapat sokongan majoriti, dia boleh jadi PM,” katanya.

Noh turut membandingkan situasi itu dengan pentadbiran negeri Selangor dan beberapa negeri lain, di mana undang-undang tubuh negeri mewajibkan jawatan Menteri Besar disandang oleh seorang Melayu dan Islam.

“Dalam negeri Selangor, ada peraturan Menteri Besar mesti Melayu Islam. Tapi dalam Perlembagaan negara, perkara ini tidak dinyatakan. Mungkin dulu terlepas pandang,” jelasnya.

Beliau berkata landskap politik negara kini menunjukkan perubahan besar, termasuk pelantikan beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri yang secara tradisinya disandang oleh wakil Melayu.

Sebagai contoh, beliau menyebut pelantikan menteri bukan Melayu menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), selain jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang kini dipimpin bukan Melayu buat pertama kali dalam sejarah kementerian tersebut.

 “Melalui Perkara 153, hak istimewa Melayu dan Bumiputera perlu dipelihara. Kalau Melayu tidak bersatu dan hilang kuasa di Parlimen, macam-macam boleh berlaku. Kita mesti pertahankan tanah air kita,” katanya.

Beliau berharap gabungan parti-parti Melayu dapat kembali memperoleh majoriti dominan di Parlimen untuk membolehkan pindaan dilakukan terhadap perlembagaan, termasuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri sebagai jawatan eksklusif Melayu-Islam.

“Kalau ada kuasa dua pertiga, barulah boleh buat perubahan demi kepentingan masa depan,” ujarnya.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo