NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘DAP makin bertaring’– MP Padang Terap



BANGI, 26 JAMADILAKHIR – Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh DAP dalam kerajaan selepas rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

“DAP makin bertaring, 12 dari 40 Ahli Parlimen DAP dilantik jadi menteri dan timbalan menteri (30%), kali pertama menteri Wilayah Persekutuan dilantik dari bukan Melayu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut merujuk keputusan pilihan raya di Sabah yang menurutnya menunjukkan penolakan rakyat terhadap DAP.

“Manakala pilihan raya Sabah, DAP kalah teruk dan kalah di semua lapan kerusi yang dipertandingkan dan tidak mustahil trend penolakan ini akan berterusan pada PRU-16,” katanya.

Sehubungan itu, Nurul Amin menyeru orang Melayu agar bersatu dan mengelakkan perpecahan.

“Orang-orang Melayu marilah kita bersatu, elakkan perpecahan. Mari kita bina Malaysia Baharu tanpa DAP,” katanya.

Jumlah keseluruhan wakil DAP dalam kabinet kini lebih kurang 12 orang, termasuk menteri dan timbalan menteri.

Antara menteri DAP ialah Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan, Nga Kor Ming sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital, Hannah Yeoh Tseow Suan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Steven Sim Chee Keong sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Di peringkat timbalan menteri, DAP diwakili oleh M. Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Wong Kah Woh sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sebagai Timbalan Menteri Komunikasi.

Selain itu ialah Liew Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Sumber | TV Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo