NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Permintaan Fahmi supaya minta maaf pun `ambo’ tak layan – Dr Azman



KUALA LUMPUR – Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim menegaskan beliau tidak melayan tuntutan permohonan maaf daripada Datuk Fahmi Fadzil.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, beliau juga tidak menurunkan atau memadam sebarang hantaran di laman sosial Facebook yang dibuatnya sebelum ini.

Terdahulu, Azman berkata, beliau menerima pertanyaan sama ada termasuk dalam kalangan individu yang disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membabitkan penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.

Ambo tak tahu apa-apa.

“Tiada notis dari SKMM (MCMC).

“Tak tahu kalau ada laporan polis terhadap ambo.

“Permintaan Fahmi supaya minta maaf pun ambo tak layan.

“Tiada posting yang ambo turunkan atau delete,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Azman mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mengenai rantaian bekalan minyak negara.

Menteri Komunikasi berkenaan berkata, dakwaan Azman yang mengatakan minyak negara tidak melalui Selat Hormuz adalah tidak tepat dan merupakan satu tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan.

​”Saya menuntut Dr Azman memohon maaf atas tuduhan tersebut kepada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Mini Konvensyen PKR di Terengganu, baru-baru ini.

​Terdahulu, Azman dilaporkan mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri.

“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak? Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!” katanya Azman menerusi laman sosial medianya.

Sebelum ini, Fahmi turut memaklumkan MCMC sudah membuka sebanyak 54 kertas siasatan membabitkan penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sebanyak 12 kertas siasatan daripada jumlah keseluruhan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penelitian dan tindakan lanjut, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh 29 Mac hingga 15 April, agensi itu sudah mengenal pasti 441 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo