NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inisiatif Rumah Bangsa: 60 peratus permohonan adalah orang muda



JOHOR BAHRU - Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata,  permohonan yang diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri.

"Daripada angka 10,000 itu, 60 peratus adalah orang yang (berusia) di bawah 40 tahun dan ke bawah," katanya mengulas mengenai inisiatif berkenaan pada sidang media selepas melawat projek menaik taraf Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, di sini hari ini.

Beliau berkata, pencapaian itu sekali gus menunjukkan UMNO masih menjadi pilihan orang muda.

Ahmad berkata, antara yang mendorong kejayaan UMNO menarik ahli baharu adalah kesediaan dan keterbukaan parti itu menerima kembali ahlinya yang telah dipecat.

Rumah Bangsa ialah inisiatif penyatuan semula UMNO yang diperkenalkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyatukan orang Melayu dan menerima kembali bekas ahli menyertai parti itu. - Bernama 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo