KUALA LUMPUR – Himpunan “Rakyat Bebas Bersuara” di Putrajaya yang turut disertai anak muda hari ini menjadi isyarat jelas kepada kepimpinan negara dalam menyuarakan kekecewaan terhadap perubahan pendirian kerajaan berhubung isu kebebasan bersuara, khususnya selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.
Wakil Armada Bersatu, Muhammad Alif Abdullah berkata, rata-rata peserta himpunan mendakwa, kerajaan yang dahulunya lantang memperjuangkan kebebasan bersuara ketika menjadi pembangkang kini dilihat menyimpang daripada prinsip tersebut.
Katanya, mereka menegaskan bahawa anak muda yang pernah menjadi tulang belakang gerakan reformasi berasa dikhianati apabila suara kritikal semakin disekat, termasuk di media sosial, selain peningkatan tindakan undang-undang terhadap pengkritik.
“Penggunaan Akta Hasutan 1948 antara isu utama yang dibangkitkan kerana akta itu sebelum ini ditentang hebat oleh pemimpin kerajaan sendiri dan dianggap sebagai simbol penindasan terhadap kebebasan bersuara rakyat.
“Golongan anak muda pernah dimanfaatkan sebagai kekuatan untuk menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.
“Dulu mereka tunggang semangat anak muda untuk melawan ‘firaun-firaun kecil’ dan pelbagai simbol kezaliman. Tetapi hari ini, selepas berkuasa, semua itu hanya tinggal retorik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan, himpunan tersebut bukan sekadar satu bentuk bantahan, sebaliknya merupakan peringatan kepada kerajaan agar kembali kepada prinsip asal perjuangan.
Ujarnnya, himpunan itu dijangka menjadi titik tolak kepada gerakan anak muda yang lebih besar dalam menuntut kebebasan bersuara dan keadilan di negara ini. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment