BANGI, 18 RAMADAN – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sama ada polis akan menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana melanggar penunggang motosikal yang cuba menyerangnya.
Dalam kenyataan hari ini, RSN Rayer terdahulu mempersoalkan sekiranya Zamri merupakan pemandu kereta Jaguar yang tular di media sosial semalam.
Sekiranya betul, pemimpin DAP itu mendakwa Zamri membawa kereta secara melulu dan bahaya kerana hampir ‘membunuh’ penunggang motosikal terbabit.
“Semalam saya terima satu klip video viral memaparkan kereta sedan mewah model Jaguar dipandu secara cuai dan bahaya hingga jatuhkan penunggang motosikal sebelum memecut dari kawasan berkenaan.
“Insiden ini terjadu semalam pada 7 Mac berhampiran kawasan upacara keagamaan di kuil Sri Maruthuvar Jadamunisawarar yang terletak di hadapan hospital Bukit Mertajam.
“Kalau Zamri Vinoth adalah pemandu kereta mewah Jaguar itu, kenapa dia datang ke Bukit Mertajam semalam meskipun dinasihatkan oleh polis untuk tidak datang ke situ selepas satu laporan terhadapnya dibuat pada 3 Mac lepas,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Rayer bagaimanapun langsung tidak mengulas mengenai insiden serangan tersebut.
Sebelum ini, diuar-uarkan bahawa akan berlaku satu himpunan bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kuil haram di hadapan hospital itu kerana berpotensi menganggu operasi dan ketenteraman fasiliti kesihatan itu.
Bagaimanapun, Zamri memaklumkan bahawa lokasi himpunan tersebut telah diubah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (PERDA) sebagai simbolik untuk menggesa pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pengurusan kuil haram itu.
Dalam pada itu, Zamri turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat Rayer kerana menyifatkan serangan yang berlaku itu adalah implikasi kepada kenyataan berbaur hasutan oleh wakil rakyat DAP itu.
Zamri mendakwa bahawa kenyataan Rayer memutar belit fakta selain mengaitkan elemen agama dan perkauman sehingga ia membangkitkan kemarahan komuniti Hindu.
Mengulas lanjut, Zamri turut menyambut baik berita mengenai penahanan reman salah seorang daripada individu yang telah menyerangnya.
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini membenarkan pekerja kilang berusia 20 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment