PUTRAJAYA – Perdana Menteri membidas pandangan mendakwa pemimpin Cina dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan akan menindas Melayu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia hanya suara sumbang sesetengah pihak.
“(Ada) suara sumbang umpama pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan..tak semestinya menteri Cina dia akan menindas Melayu.
“PM Melayu, Datuk Bandar (KL) Melayu, kerja berpasukan. Ada keperluan bantu semua kaum,” katanya pada Taklimat Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini petang tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kritikan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang mempersoalkan pelantikan Hannah Yeoh dari DAP menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) semalam.
“Saya maklum bila kita lantik seolah-olah Melayu terabai dan Cina diserah (kuasa),” kata Anwar.
Anwar juga menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya sekarang orang India tidak boleh keluar malam kerana keselamatan mereka terancam.
“Ini orang kurang siuman..tak peduli soal kestabilan negara.
“Saya tak lihat pula KDN (Kementerian Dalam Negeri) seperti markas Melayu, Kementerian Pertahanan dan KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), jadi pendekatan kita harap kita hadapi,” katanya.
KDN, KKDW dan Kementerian Pertahanan Menteri dan timbalannya dalah pemimpin Melayu.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Anwar berkata, rasional
rasional pelantikan baharu dalam Kabinet, beliau menjelaskan ia dibuat dengan mengambil kira keperluan menyuntik nafas dan tenaga baharu di beberapa kementerian termasuk melibatkan lebih ramai tokoh muda bagi menggerakkan agenda reformasi dengan lebih pantas.
“Insya-Allah, Kabinet MADANI akan mempertingkatkan usaha pada tahun mendatang demi memastikan reformasi yang lebih bermakna selari dengan tuntutan rakyat, sambil menentang keras naratif durjana yang menghasut perpecahan, perkauman dan pelampau agama,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment