Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak keras dakwaan bahawa pegawainya mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata tindakan penahanan itu dijalankan sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP), dan tuduhan mengacukan pistol seperti yang tular adalah tidak benar sama sekali.

“SPRM ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai mengacukan senjata di kepala Albert Tei ketika tangkapan dilakukan.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat pada hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan atas fitnah dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azam, laporan polis itu juga bagi memastikan tiada pihak-pihak tertentu menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan kes yang dijalankan SPRM.
Isteri Tei hari ini mendakwa terdapat pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan itu.

“Lepas (mereka) masuk, Albert Tei sudah turun.
“Mereka bawa dia tepi suruh baring, gari dia. Saya turun dari tangga.
“Mereka pun ambil pistol, tunjuk atas kepala, tapi ada jarak sikitlah,” dakwanya yang dikenali sebagai Lee ketika ditemui di kediamannya di Puchong, Selangor.
Sebaik sahaja pegawai-pegawai itu selesai berurusan dengan Tei, Lee mendakwa ahli keluarganya yang lain diarahkan untuk berkumpul di satu tempat.
Dia juga mendakwa pegawai-pegawai itu merampas telefon bimbit mereka dipercayai untuk memadam video dan gambar daripada peranti tersebut.
Lee mendakwa pegawai-pegawai itu turut memeriksa seluruh rumahnya termasuk di sebalik langsir kerana khuatir ada kamera disembunyikan.
Terdahulu, pegawai SPRM dengan kelengkapan taktikal penuh – termasuk jaket kalis peluru dan balaklava – menyerbu rumah Tei dan membawanya masuk ke sebuah kereta sedan berwarna hitam.

Tei merupakan watak utama dalam menyogok ahli politik di Sabah untuk mendapatkan lesen cari gali mineral, namun akhirnya dia tidak memperoleh lesen tersebut.
Terbaru dia mendakwa telah membelanjakan RM629,000 untuk bekas setiausaha politik perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang didakwanya telah memberi jaminan akan mendapatkan semula yang telah disalurkan kepada ahli politik terbabit.
Sumber | Mkini

Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru