NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 366 Ribu Pengundi Sabah Selesai Mengundi Setakat 10 Pagi

KOTA KINABALU: Seramai 366,917 pengundi, bersamaan 21.05 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar di Sabah, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 10 pagi hari ini.

Pusat-pusat mengundi di seluruh negeri dibuka seawal 7.30 pagi, dengan keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi mendorong pengundi keluar lebih awal untuk memilih wakil rakyat bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dapat diumumkan sekitar jam 10 malam ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo